Connect with us

Antarabangsa

TikTok didakwa kaut untung hasil kutipan derma ‘livestream’ penduduk Syria

Ketika penduduk kem Syria membuat kutipan derma melalui penstriman di TikTok, dilaporkan syarikat itu telah mengambil keuntungan sehingga 70 peratus daripada hasil siaran langsung, lapor BBC.

Wartawan TMT

Published

on

TikTok didakwa kaut untung hasil kutipan derma ‘livestream’ penduduk Syria
Foto: Tangkapan skrin dari video tersebut.

SYRIA – Ketika penduduk kem Syria membuat kutipan derma melalui penstriman di TikTok, dilaporkan syarikat itu telah mengambil keuntungan sehingga 70 peratus daripada hasil siaran langsung, lapor BBC.

Kanak-kanak itu didakwa melakukan penstriman langsung di aplikasi media sosial selama berjam-jam, memohon hadiah digital dengan nilai tunai.

Siasatan BBC mendapati, penstriman langsung itu meningkat sebanyak AS1,000 (RM4,688) sejam, namun hanya jumlah kecil disalurkan ke penduduk kem Syria itu.

Menurut TikTok, kandungan jenis itu tidak dibenarkan pada platformnya, dan komisen daripada hadiah digital adalah kurang daripada 70 peratus. Bagaimanapun ia enggan mengesahkan jumlah sebenar.

Awal tahun ini, rata-rata pengguna TikTok melihat kandungan mereka dipenuhi penstriman langsung keluarga Syria di kem terbabit yang merayu bantuan dan sokongan sesetengah penonton.

Di kem barat laut Syria, BBC mendapati tren itu telah diusahakan melalui ‘TikTok Middlemen’  (orang tengah) yang menyediakan telefon dan peralatan kepada keluarga itu untuk membuat kandungan secara langsung.

‘The middlemen’ itu juga dilaporkan memiliki kerjasama dengan agensi yang sering bergabung dengan TikTok di China dan Timur Tengah.

Syarikat analisis Sensor Tower melaporkan TikTok, aplikasi media sosial yang paling pesat berkembang di dunia ketika ini menjana pendapatan kasar lebih daripada AS$6.2 bilion (RM29.7 bilion) sejak dilancarkan pada 2017.

Sumber: BBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending