Connect with us

Terkini

Tidak suka ditipu, pengundi muda tolak PH – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Isham Jalil yakin pengundi muda akan menolak Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Wartawan TMT

Published

on

Tidak suka ditipu, pengundi muda tolak PH - Isham Jalil
Foto: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil.
  • Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Isham Jalil yakin pengundi muda akan menolak Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pada PRU-15.
  • Ia kerana golongan muda mempunyai pandangan buruk terhadap PH kerana tidak menunaikan janji manifesto 2018.
  • Ia juga tidak mengundi PN kerana gabungan itu terdiri daripada golongan ‘lompat parti’.
  • “Orang muda ini tak suka penipu. PH dulu tipu dalam manifesto PTPTN, tol, minyak, pekerjaan,” – Isham Jalil.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Isham Jalil yakin pengundi muda akan menolak Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Isham berkata, golongan muda mempunyai pandangan buruk terhadap PH kerana tidak menunaikan janji dalam manifesto 2018 dan mungkin tidak akan mengundi PN kerana gabungan itu terdiri daripada golongan “lompat parti”.

“Berdasarkan pemerhatian kita (Umno), orang muda ini tak suka penipu. PH dulu tipu dalam manifesto pasal PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), pasal tol, minyak, pekerjaan … yang banyak terkesan pada orang muda,” Isham memberitahu FMT dalam satu wawancara.

“Mereka (juga) tak suka pelompat parti. Akta lompat parti yg kita buat itu pun, NGO org muda yang mulakan. Sebab itu org muda tak suka PN, sebab (mereka semua) pelompat parti.

“(Tetapi) saya selalu kata dalam mesyuarat (BN/Umno), kita tak boleh cuma bergantung kepada faktor itu (orang muda tak suka PN dan PH) saja. Kita kena tawarkan apa yang kita boleh bagi kepada orang muda. Banyak tawaran kita boleh buat.”

PRU akan datang adalah yang pertama selepas had usia pengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan pengundi didaftarkan secara automatik.

Perubahan itu menyaksikan seramai 5.8 juta pengundi baharu dalam daftar pemilih, peningkatan sebanyak 40%.

Isham berkata, keyakinannya bahawa Umno boleh mendapatkan undi anak muda datang daripada sokongan kuat yang ditunjukkan golongan tersebut kepada parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini.

Katanya, data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) memperoleh sekitar 80% daripada undi segmen belia.

Isham turut mengakui kepentingan media sosial dalam usaha menarik pengundi pada PRU15 dan berpendapat Umno akan mendapat kelebihan jika bekas perdana menteri Najib Razak, yang sedang dipenjara, masih boleh menyumbang dengan platform media sosialnya yang sangat popular.

Media sosial ialah “medan pertempuran” baharu untuk meraih undi, katanya, terutamanya apabila diambil kira populasi yang lebih besar di kawasan pilihan raya moden.

Beliau berkata, ceramah Umno pada masa lalu hanya dapat menarik, paling ramai, ratusan orang.

“Kini dengan media sosial, ceramah boleh sampai kepada jutaan orang,” katanya.

Menyentuh kritikan bekas perunding komunikasi Najib bahawa BN kurang menonjol di media sosial, Isham mengalu-alukan maklum balas itu dan gembira Romen Bose menyuarakan pendapatnya sebelum PRU15 diadakan.

“Kalau terlebih yakin, nanti kita tak ‘push’ diri kita sampai hadnya,” katanya.

“Biar dia (Bose) nak kritik kita, jadi kita gusar sikit dan berusaha dengan lebih lagi,” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending