Connect with us

Antarabangsa

Tampilkan transgender kupas isu wanita, syarikat kosmetik AS dikecam hebat

Salah sebuah syarikat kosmetik terbesar di Amerika Syarikat (AS), Ulta Beauty dikecam di media sosial selepas menampilkan dua lelaki transgender dalam satu video temu bual membincangkan isu wanita.

Published

on

Tampilkan transgender kupas isu wanita, syarikat kosmetik AS dikecam hebat
Foto: David Lopez dan Dylan Mulvaney.
  • Syarikat kosmetik Amerika Syarikat, Ulta Beauty menampilkan dua lelaki transgender dalam video temubual membincangkan isu kewanitaan.
  • Lelaki transgender itu, Dylan Mulvaney menceritakan hasratnya menjadi seorang ibu dan mengkritik wanita yang mempunyai isu dengan pandangannya tentang kewanitaan.
  • Video temu bual itu dimuatnaik ke Youtube dan Twitter pada 13 Oktober lalu, menerima kecaman dari netizen yang menganggapnya sebagai satu penghinaan terhadap wanita.

Salah sebuah syarikat kosmetik terbesar di Amerika Syarikat (AS), Ulta Beauty dikecam di media sosial selepas menampilkan dua lelaki transgender dalam satu video temu bual membincangkan isu wanita.

Sebahagian klip temu bual dihoskan pendandan rambut ‘gender-fluid’ (jantina berubah dari semasa ke semasa), David Lopez itu dimuatnaik ke laman Twitter rasmi syarikat itu pada 13 Oktober lalu untuk mempromosikan video penuh di Youtube bertajuk “The Beauty of Girlhood”.

Klip berdurasi 15 saat di Twitter itu memaparkan Dylan Mulvaney, seorang lelaki transgender menceritakan keinginannya menjadi seorang ‘ibu’.

“Saya yakin saya boleh menemukan cinta. Saya yakin saya mampu menjadi seorang penghibur dan berkeluarga. Saya mahu menjadi seorang ibu suatu hari nanti dan saya pasti boleh!” katanya dalam video itu yang dikecam ramai wanita.

Bukan itu sahaja, Mulvaney juga mengkritik wanita yang mempunyai isu dengan pandangan stereotaip tentang kewanitaan.

“Saya rasa dalam kewanitaan, saya sering diejek kerana gemarkan warna merah jambu dan kilauan. Mengapa perkara itu mengganggu anda? Mereka fikir saya merendahkan taraf mereka sebagai seorang wanita,” kata Mulvaney dipetik portal Reduxx.

Selepas dua hari dimuatnaik, klip video itu menerima lebih 200 komen dan lebih 200 ulang ciap yang berang dan mendakwa kenyataan Mulvaney itu adalah penghinaan kepada wanita dan golongan ibu.

Susulan kontroversi itu, syarikat terbabit bertindak menutup ruangan komen. 

Bagaimanapun, mereka cuba memberi respon dengan mengatakan syarikat mereka mahu bersikap terbuka kepada semua golongan walaupun ramai tidak bersetuju.

Ulta Beauty juga mengeluarkan kenyataan balas kepada netizen yang mereka percaya kecantikan itu tiada batas dan mereka mahu mewujudkan satu suasana, di mana semua pendapat mengenai kecantikan adalah diterima.

Sumber: Reduxx

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author