Connect with us

Antarabangsa

Sami mabuk mengamuk di jalan, dakwa minum arak dapat turunkan kolesterol

Seorang sami mabuk disifatkan memalukan agama Buddha selepas ditangkap kerana menyebabkan huru-hara di wilayah tengah Kamphaeng Phet, Thailand.

Wartawan TMT

Published

on

Sami mabuk mengamuk di jalan, dakwa minum arak dapat turunkan kolesterol
Foto: Sumber The Thaiger.
  • Kejadian itu dilaporkan berlaku di  wilayah tengah Kamphaeng Phet, Thailand.
  • Prayoon, 49, dakwa bir bantu turunkan kandungan kolesterol yang tinggi dalam saluran darahnya dan merawat diabetes dan penyakit darah tinggi dihidapinya. 
  • Prayoon mengamuk rosakkan kereta-kereta penduduk guna tin bir dan sebilah kapak.
  • Penduduk tempatan bimbang sami itu akan mencederakan diri sendiri dan menyebabkan masalah kepada pejalan kaki dan pemandu di jalan raya.
  • Sami terbabit dilaporkan alami masalah kesihatan mental, namun tiada sebarang dokumentasi dapat mengesahkannya.

Seorang sami mabuk disifatkan memalukan agama Buddha selepas ditangkap kerana menyebabkan huru-hara di wilayah tengah Kamphaeng Phet, Thailand.

Bagaimanapun, Prayoon, 49, mempertahankan tindakannya dengan mendakwa bir itu membantu menurunkan kandungan kolesterol yang tinggi dalam saluran darahnya dan merawat masalah diabetes dan penyakit darah tinggi dihidapinya. 

Prayoon turut dikatakan mengamuk hingga merosakkan kereta-kereta penduduk menggunakan tin bir dan sebilah kapak hingga menyebabkan penduduk tempatan terpaksa membuat laporan kepada timbalan ketua daerah berkenaan situasi itu.

The Thaiger melaporkan penduduk tempatan bimbang sami itu akan mencederakan diri sendiri dan menyebabkan masalah kepada pejalan kaki dan pemandu di jalan raya.

Dalam pada itu, agensi berita Thai menyiarkan satu video yang menunjukkan seorang sami berpakaian tradisional berkelakuan tidak sepatutnya apabila dia dilihat membuka tin bir dan meminumnya sambil mengayunkan kapak di ruang udara.

Pada masa sama, One 31 melaporkan sami itu juga didakwa mengganggu restoran dan kedai berhampiran di sepanjang jalan. Orang ramai mengatakan bahawa sami itu cuba mencederakan diri sendiri dengan memukul dada dan badannya. Malah, dia juga dilihat merempuh kereta yang diparkir berdekatan.

Sami terbabit dikatakan mengalami masalah kesihatan mental, namun tiada sebarang dokumentasi dapat mengesahkannya.

Prayoon memberitahu polis bahawa dia minum bir kerana alkohol boleh membantu mengurangkan lemak dalam badan. 

Katanya, dia mempunyai penyakit kolesterol tinggi, diabetes dan darah tinggi di mana meminum bir boleh membantu merawat kesemua penyakit itu.

Satu hal yang agak mengejutkan, apabila Prayoon dikatakan hanya dihantar kembali ke kuilnya tanpa sebarang pendakwaan. 

Sementara itu, rakan-rakan saminya berkata mereka akan membantu menghantarnya ke hospital untuk dirawat.

Sumber : The Thaiger

Author

Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending