Antarabangsa
Sami Buddha terlibat jenayah siber bernilai RM70 000

- Sami Buddha dipenjara dua tahun kerana jenayah siber.
- Hukuman dijatuhi hakim Kanan Mahkamah Wilayah Daegu Kim Seok-Soo.
- Sami terbabit pernah dipenjarakan pada 2022 kerana menipu.
Seorang sami Buddha berusia 61 tahun yang terlibat dalam jenayah penipuan siber dengan memberikan akaun bank atas nama sebuah kumpulan Buddha dijatuhi hukuman penjara dua tahun.
Menurut laporan media Korea, hukuman dijatuhi Hakim Kanan Mahkamah Wilayah Daegu, Kim Seok-Soo.
Sami A dikatakan menerima tawaran sogokan daripada anggota pancingan data suara di Daegu pada Julai 2021 kerana membantu mereka dalam jenayah pengubahan wang haram.
Dia kemudiannya menyerahkan nombor akaun bank di bawah nama kumpulan Buddha.
Ini secara langsung menyebabkan dia terbabit dalam jenayah pancingan data.
Kumpulan itu pula dikatakan berjaya mengutip 20 juta won hasil pancingan data itu melalui nombor akaun bank yang diberikan oleh sami A.
“A” pernah dipenjarakan kerana penipuan pada 2022. -The Merdeka Times
