Connect with us

Antarabangsa

Sami Buddha hanya dipenjara dua tahun lakukan jenayah seksual terhadap dua kanak-kanak

Seorang sami Buddha hanya dipenjara selama dua tahun selepas didapati bersalah membuat penderaan secara seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan selepas berkawan dan meraih kepercayaan ibu bapa mereka bagi sesi meditasi.

Wartawan TMT

Published

on

Sami Buddha hanya dipenjara dua tahun lakukan jenayah seksual terhadap dua kanak-kanak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kojiu Takeuchi, 82, yang menggelar dirinya ‘Buddha Maitreya’, mengaku bersalah di Mahkamah Hove Crown atas tiga pertuduhan mendera dua kanak-kanak perempuan itu secara seksual.
  • Takeuchi meraih kepercayaan ibu bapa mangsa yang menemuinya untuk sesi meditasi.
  • “Saya tidak boleh memaafkan bahawa anda mendakwa sebagai seorang sami Buddha apabila anda menentang segala-galanya yang dipegang oleh agama Buddha,” kata salah seorang mangsa di mahkamah.
  • “Anda telah menunjukkan diri anda sebagai pemimpin rohani, mendapat kepercayaan orang lain dan dijemput ke rumah mereka sebagai hasilnya. Tetapi anda mengambil kesempatan ke atas dua kanak-kanak perempuan, di mana ia adalah penyalahgunaan amanah yang paling mengerikan,” kata Hakim Gold.

Seorang sami Buddha hanya dipenjara selama dua tahun selepas didapati bersalah membuat penderaan secara seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan selepas berkawan dan meraih kepercayaan ibu bapa mereka bagi sesi meditasi.

Kojiu Takeuchi, 82, yang menggelar dirinya ‘Buddha Maitreya’, mengaku bersalah di Mahkamah Hove Crown atas tiga pertuduhan mendera kanak-kanak perempuan itu secara seksual.

Kesalahan itu terbongkar ekoran laporan media mengenai kes berasingan selepas Takeuchi dipenjarakan pada Oktober 2020 kerana melakukan penderaan seksual terhadap seorang gadis dari usia tiga tahun sehingga berusia sembilan tahun di rumahnya di Brighton antara 1975 dan 1981.

“Saya tidak boleh memaafkan bahawa anda mendakwa sebagai seorang sami Buddha apabila anda menentang segala-galanya yang dipegang agama Buddha.

“Orang ramai mempercayai anda. Saya tidak mempercayai sesiapa yang mengatakan mereka beriman. Saya segera fikir mereka menyembunyikan sesuatu dan bersembunyi di sebalik jubah mereka.

‘Saya marah kerana awak boleh mengambil kesempatan daripada badan saya. Saya marah kerana anda mendera kanak-kanak secara seksual. Berapa ramai wanita lain yang telah anda serang? Berapa banyak nyawa lain yang anda terjejas? Kehidupan telah musnah kerana awak,” kata salah seorang mangsa kepada Takeuchi di dalam mahkamah dipetik Daily Mail.

Selepas menjatuhkan hukuman, Hakim Gold berkata kepada Takeuchi, “Anda telah menunjukkan diri anda sebagai pemimpin rohani, mendapat kepercayaan orang lain dan dijemput ke rumah mereka sebagai hasilnya.’

“Tetapi anda mengambil kesempatan ke atas dua kanak-kanak perempuan, di mana ia adalah penyalahgunaan amanah yang paling mengerikan”.

“Keluarga-keluarga itu meminta bimbingan rohani kepada anda dan anda membalas mereka dengan melakukan penderaan ngeri terhadap kanak-kanak perempuan,” kata hakim terbabit.

Sumber : Daily Mail

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending