Connect with us

Antarabangsa

Rusia mahu semua propaganda LGBT diharamkan

Ketua badan kawal selia media Rusia, Roskomnadzor menggesa sebarang propaganda berkaitan LGBT+ diharamkan di negara itu tanpa mengira peringkat umur.

Wartawan TMT

Published

on

Rusia mahu semua propaganda LGBT diharamkan
Foto: Sebarang propaganda berkaitan LGBT+ diharamkan di Rusia tanpa mengira peringkat umur.
  • Ketua badan kawal selia media Rusia, Roskomnadzor menggesa sebarang propaganda berkaitan LGBT+ diharamkan di negara itu tanpa mengira peringkat umur.
  • Cadangan itu diutarakan di sesi penerangan di Parlimen mengenai inisiatif yang bertujuan mengekang promosi “hubungan seksual bukan tradisional” dan pedofilia di Rusia.
  • Propaganda gay ketika ini hanya dihalang apabila melibatkan kanak-kanak.
  • Larangan sepenuhnya terhadap propaganda LGBT+ akan bantu Roskomnadzor untuk melindungi kedaulatan rohani dan moral di Rusia.

RUSIA – Ketua badan kawal selia media Rusia, Roskomnadzor menggesa sebarang propaganda berkaitan LGBT+ diharamkan di negara itu tanpa mengira peringkat umur.

Perkara itu dicadangkan ketika sesi penerangan di Parlimen mengenai inisiatif yang bertujuan mengekang promosi “hubungan seksual bukan tradisional” dan pedofilia di Rusia.

RT melaporkan propaganda gay ketika ini hanya dihalang apabila melibatkan kanak-kanak.

Ketua Roskomnadzor, Andrey Lipov memberitahu Ahli-ahli Parlimen pada Isnin lalu bahawa banyak bahan bacaan dewasa (18+) termasuk buku, mengandungi kandungan yang menggambarkan hubungan “bukan tradisional” dan ia masih boleh diakses kanak-kanak di bawah umur.

Beliau berkata bagi melindungi masyarakat daripada terjebak dengan promosi “hubungan seksual bukan tradisional” dan penyelewengan seksual lain, termasuk pedofilia, keganasan seksual dan lain-lain, sewajarnya pengharaman ke atas promosi itu dikenakan ke atas semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur.

Katanya, larangan sepenuhnya terhadap propaganda LGBT+ akan membantu  Roskomnadzor dalam usaha melindungi kedaulatan rohani dan moral di Rusia.

Badan kawal selia media Rusia itu setakat ini menyekat dan mengalih keluar lebih 7,200 bahan material hubungan seksual songsang yang disifatkan sebagai “bom”. 

Pengerusi Negeri Duma, Vyacheslav Volodin, berkata rang undang-undang itu berkemungkinan diluluskan semasa bacaan pertama yang dijangka awal minggu depan.

Pada masa sama, beliau mengharapkan undang-undang itu dapat menyelamatkan dan melindungi rakyat Rusia “daripada kegelapan yang semakin menular di dunia”.

Sumber: RT

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending