Connect with us

Antarabangsa

Rusia larang perkongsian ‘propaganda’ LGBT terhadap dewasa, kanak-kanak

Dewan rendah parlimen Rusia, Duma melarang sebarang perkongsian propaganda berkaitan LGBT terhadap golongan dewasa dan kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Rusia larang perkongsian 'propaganda' LGBT terhadap dewasa, kanak-kanak
Foto: Dewan rendah parlimen Rusia.
  • Dewan rendah parlimen Rusia, Duma melarang sebarang perkongsian propaganda berkaitan LGBT terhadap golongan dewasa dan kanak-kanak.
  • Bagaimanapun, rang undang-undang itu masih perlu diluluskan dewan atasan parlimen Rusia, Majlis Persekutuan.
  • Peruntukan baharu itu menetapkan larangan “propaganda gay” dalam media, internet, iklan, sastera dan pawagam.
  • Turut dimuatkan ialah larangan terhadap “propaganda pedofilia” di mana rang undang-undang itu akan mengharamkan “penafian nilai kekeluargaan”.

MOSCOW – Dewan rendah parlimen Rusia, Duma melarang sebarang perkongsian propaganda berkaitan LGBT terhadap golongan dewasa dan kanak-kanak.

Laman web Duma memaklumkan penggubal undang-undang “sebulat suara” mengundi, dalam bacaan pertama, bagi melarang “propaganda hubungan seksual bukan tradisional” terhadap semua individu dewasa Rusia.

Bagaimanapun, rang undang-undang itu masih perlu diluluskan dewan atasan parlimen Rusia, Majlis Persekutuan sebelum dibawa kepada Presiden Vladimir Putin untuk diwartakan. 

Undang-undang asal pada 2013 melarang apa yang pihak berkuasa menganggapnya sebagai “propaganda gay” yang disebarkan kepada kanak-kanak bawah umur. 

Pindaan larangan promosi unsur-unsur LGBT akan dipanjangkan kepada semua individu dewasa di Rusia.

Peruntukan baharu itu menetapkan larangan “propaganda gay” dalam media, internet, iklan, sastera dan pawagam. 

Turut dimuatkan ialah larangan terhadap “propaganda pedofilia” di mana rang undang-undang itu akan mengharamkan “penafian nilai kekeluargaan”.

Peruntukan itu juga mempunyai klausa menentang propaganda yang boleh “menyebabkan kanak-kanak bawah umur ingin menukar jantina mereka”, tertakluk untuk  rujukan warga asing yang melanggar undang-undang tetap akan diusir. 

Pegawai menggesa parlimen menerima pakai undang-undang baharu itu selain menggambarkannya sebagai sebahagian pertembungan tamadun dengan Barat yang semakin rancak sejak serangan Kremlin di Ukraine. 

Ahli parlimen kanan, Alexander Khinshtein, berkata operasi ketenteraan khas juga wujud dalam fikiran orang ramai selain berlaku di medan perang.

Sumber: BBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending