Terkini
Rakyat adalah ‘Bos’ sebenar
Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub menegaskan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan peluang untuk rakyat memilih calon terbaik yang akan memimpin negara.

- Pilihan Raya Umum merupakan peluang rakyat memilih calon terbaik bagi memimpin negara.
- Pemimpin tidak lagi boleh dianggap bos tetapi rakyat sebenarnya yang layak mendapat pengiktirafan itu.
- “Sebagai rakyat Malaysia sebenarnya kita adalah bos kau..kita yang memilih siapa yang hendak jadi pemimpin kita.
SHAH ALAM – Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub menegaskan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan peluang untuk rakyat memilih calon terbaik yang akan memimpin negara.
Beliau berkata, pemimpin tidak lagi boleh dianggap sebagai bos tetapi rakyat sebenarnya yang layak mendapat pengiktirafan itu.
“Sebagai rakyat Malaysia sebenarnya kita adalah bos kau..kita yang memilih siapa yang hendak jadi pemimpin kita. Selama ini kita ikut pemimpin.
“Sebenarnya kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harus memilih orang yang paling baik untuk memimpin negara kita.
“Jadi, inilah peluang yang kita ada melalui PRU15 ini kita seharusnya ambil tanggungjawab untuk buat pilihan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Sidang Media #Satu Jari Sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 – Satu Jari Bebas Rasuah di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS