Connect with us

Antarabangsa

Perancis terus suburkan islamofobia apabila 23 masjid ditutup, sebuah lagi menyusul

Sebuah lagi masjid menjadi ‘mangsa’ islamofobia kerajaan Perancis apabila negara itu mengumumkan penutupan Masjid Obernai di kawasan Bas-Rhin.

Wartawan TMT

Published

on

Perancis terus suburkan islamofobia apabila 23 masjid ditutup, sebuah lagi menyusul
Foto: Gambar menunjukkan pintu masuk ke masjid 'Al Madina al Mounawara' di Cannes, Perancis. Sumber AFP.
  • Perancis mengumumkan penutupan sebuah masjid selepas mendakwa imamnya ekstremis, anti-Perancis dan buat komen provokatif terhadap nilai-nilai republik.
  • Ini terkait arahan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang ingin memerangi kegiatan ‘separatisme Islam’.
  • Menteri Dalam Negeri berkata 23 masjid telah ditutup kerajaan sejak dua tahun lalu kerana disyaki dikaitkan dengan “separatist activities“. 
  • Perancis dikritik masyarakat antarabangsa, NGO terutamanya PBB, kerana menyasar dan pinggirkan umat Islam. 
  • Pada 24 Januari lalu, parlimen Perancis luluskan RUU kontroversi iaitu “Memperkukuh penghormatan terhadap nilai-nilai republik”, yang pertama kali ditakrifkan “perjuangan menentang Islam pemisah”.

Sebuah lagi masjid menjadi ‘mangsa’ islamofobia kerajaan Perancis apabila negara itu mengumumkan penutupan Masjid Obernai di kawasan Bas-Rhin.

Kerajaan negara itu mendakwa iman di masjid tersebut ekstremis, mengambil pendirian anti-Perancis dan membuat komen provokatif terhadap nilai-nilai negara itu.

Menurut media, Kementerian Dalam Negeri memulakan proses untuk menutup masjid Obernai susulan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengarahkan memerangi kegiatan ‘separatisme Islam’.

“Sebanyak 23 masjid telah ditutup oleh kerajaan sejak dua tahun lalu kerana disyaki dikaitkan dengan kegiatan itu,” kata Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin  menerusi ciapan di Twitternya.

Berikutan itu, Perancis telah dikritik oleh masyarakat antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana menyasar dan mendiskriminasi umat Islam. 

Pada 24 Januari lalu, sebuah jawatankuasa khas di parlimen Perancis meluluskan rang undang-undang kontroversi yang dikenali sebagai “Memperkukuh penghormatan terhadap nilai-nilai republik”, yang pertama kali ditakrifkan sebagai “perjuangan menentang Islam”.

Rang undang-undang itu dikritik kerana menyasarkan umat Islam di Perancis dan mengenakan sekatan ke atas hampir semua aspek kehidupan mereka.RUU itu juga dilihat membesarkan isu remeh seakan masalah kronik apabila melibatkan umat Islam.

Advertisement

Memetik Middle East Monitor, RUU tersebut juga menguatkuasakan pengawasan serta pemantauan kerajaan terhadap pembiayaan pertubuhan Islam  serta ahli jawatankuasa pengurusan masjid.

Lebih buruk,keluarga Muslim Perancis turut dikenakan sekatan hak untuk mendidik anak-anak mereka di rumah selain pemakaian tudung dilarang di institusi pendidikan pra-universiti.

Sumber : Middle East Monitor

 

 

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending