Connect with us

Antarabangsa

Pengkritik Islam UK terima ganti rugi lebih RM50 ribu kerana ditahan polis

Polis Metropolitan membayar ganti rugi £10,000 (RM53658) kepada seorang pendakyah Kristian Evangelist kerana penahanan yang salah dan menyalahi undang-undang.

Wartawan TMT

Published

on

Pengkritik Islam UK terima ganti rugi lebih RM50 ribu kerana ditahan polis
Foto: Hatun Tash, 40, ditangkap dua kali di Speakers' Corner dekat Hyde Park.
  • Hatun Tash, 40, membuat laporan polis kerana diserang penunjuk perasaan ketika berdakyah di Speakers’ Corner, Hyde Park, London.
  • Dia meminta bantuan polis sebanyak dua kali, tetapi ditahan setiap kali berbuat demikian.
  • Penganut Kristian mengadu ke ibu pejabat Polis Metropolitan selepas Tash ditahan 24 jam dan dibebaskan tanpa pertuduhan.

LONDON: Polis Metropolitan membayar ganti rugi £10,000 (RM53658) kepada seorang pendakyah Kristian Evangelist kerana penahanan yang salah dan menyalahi undang-undang.

Hatun Tash, 40, ditangkap dua kali di Speakers’ Corner dekat Hyde Park selepas membuat laporan polis mendakwa dia diganggu dan diancam penunjuk perasaan Islam.

Tash sering berkunjung ke taman itu untuk berdebat dan mengkritik Islam serta kitab suci Al-Quran sentiasa mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat.

Daily Mail melaporkan Tash yang cuba mendapatkan bantuan polis sebanyak dua kali itu, ditangkap setiap kali berbuat demikian atas tuduhan melanggar keamanan atau melanggar ketenteraman awam.

Susulan itu, penganut Kristian Evangalist mengambil tindakan undang-undang terhadap Scotland Yard (ibu pejabat Polis Metropolitan) selepas Tash ditahan selama 24 jam sebelum dibebas tanpa pertuduhan.

Pasukan guamannya mendakwa dia ditahan secara tidak sah dan tidak sepatutnya ditangkap pada mulanya.

“Polis sepatutnya melindungi kebebasan bersuaranya dengan membawa lebih ramai pegawai ke Speakers’ Corner untuk memudahkan haknya,” demikian kenyataan pasukan guamannya.

Ketua Eksekutif Pusat Perundangan Kristian, Andrea Williams berkata, pembayaran kepada Tash itu adalah pengakuan yang jarang berlaku oleh pihak polis bahawa mereka salah.

Inspektor Andy O’Donnell dari direktorat piawaian profesional Polis Metropolitan, dilaporkan meminta maaf secara langsung kepada Tash melalui sepucuk surat. 

Dia turut mengakui perkhidmatan mereka tidak menepati tahap piawaian ditetapkan.

Difahamkan, ganti rugi dibayar pihak polis turut merangkumi kos guamannya.

Tash sebelum itu mendakwa dia diserang di muka oleh seorang lelaki tidak dikenali berpakaian hitam semasa berada di Speakers’ Corner

Hatun Tash ialah seorang pendakyah Kristian Evangelist dari kumpulan yang dipanggil DCCI (Defend Christ Critique Islam) Ministries yang sering berucap di Speakers’ Corner.

Dia juga bekas Muslim dari Turki yang menjadi pengkritik Islam dan giat menggalakkan orang memeluk Kristian.

Sumber: Daily Mail UK

Author

Antarabangsa

Kumpulan Sunni Lubnan bergabung dengan Hizbullah perangi Israel

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush.
  • Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.
  • Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.
  • Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.
  • “Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 
  • “Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.

“Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 

“Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Menurut AP, sayap bersenjata Al-Jamaa Al-Islamiya, Fajr Force menjalankan operasi terhadap Israel dengan tumpuan utama di bandar selatan Sidon.

Takkoush percaya Israel bercita-cita untuk merampas lebih banyak wilayah, “bukan sahaja di Palestin tetapi termasuk Lubnan”.

Kumpulan itu bertindak secara bebas tetapi berkoordinasi rapat dengan Hizbullah dan cawangan Hamas Lubnan.

“Sebahagian daripada (serangan terhadap tentera Israel) dalam penyelarasan bersama Hamas yang berkoordinasi dengan Hizbullah,” kata Takkoush.

“Hubungan kami dengan Hizbullah baik dan berkembang dan ia semakin diperkukuhkan sedang kami tempuhi peperangan ini,” katanya, menjelaskan semua senjata yang mereka gunakan adalah dari senjata mereka sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending