Antarabangsa
Penerbit filem Hollywood perkosa 90 wanita
Penerbit filem papan atas Hollywood, Harvey Weinstein, 70, dalam satu laporan media dikatakan telah menyalahgunakan kuasa serta pengaruh yang dimilikinya untuk memperkosa wanita.

- Harvey Weinstein, 70, dikatakan menyalahgunakan kuasa serta pengaruh dimilikinya untuk memperkosa wanita.
- Timbalan Peguam Daerah Paul Thompson berkata mangsa ketakutan kerana Harvey mampu hancurkan kerjaya mereka jika melaporkan apa dia lakukan.
- Hampir 90 orang wanita termasuk Angelina Jolie, Gwyneth Paltrow dan Salma Hayek telah menuduh Harvey lakukan gangguan atau serangan.
- Jika Harvey berdepan 11 tuduhan itu disabitkan bersalah maka, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lebih daripada 100 tahun.
CALIFORNIA, 25 Oktober 2022 – Penerbit filem papan atas Hollywood, Harvey Weinstein, 70, dalam satu laporan media dikatakan telah menyalahgunakan kuasa serta pengaruh yang dimilikinya untuk memperkosa wanita.
Menurut pihak pendakwa, mogul filem itu mengeksploitasi akan kedudukan yang dikuasai sebagai ‘raja’ industri perfileman dengan menyerang mangsa di bilik hotel.
Berdasarkan kenyataan Timbalan Peguam Daerah Paul Thompson, mangsa berada dalam ketakutan kerana Harvey mampu menghancurkan kerjaya mereka jika mereka bertindak untuk melaporkan apa yang telah dilakukan.
Tambahnya, juri akan mendengar keterangan daripada lapan orang wanita yang diserang secara seksual termasuk bagaimana mereka merayu agar suspek berhenti merogol, memaksa melakukan seks oral ke atasnya atau membuat mereka melihatnya beronani.
Salah seorang wanita memaklumkan kepada pihak penyiasat bahawa, sebahagian dalam dirinya berfikir sama ada beliau patut melarikan diri atau tidak tetapi suspek memiliki tubuh badan yang begitu besar.
“Saya masih mahu bekerja di Hollywood jadi saya takut untuk melakukan apa-apa,” ujar seorang lagi wanita.
Secara keseluruhannya, hampir 90 orang wanita termasuk Angelina Jolie, Gwyneth Paltrow dan Salma Hayek telah menuduh Harvey melakukan gangguan atau serangan.
Jika Harvey yang sedang berdepan 11 lagi tuduhan itu disabitkan bersalah maka, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lebih daripada 100 tahun.
Sumber: Samudera
