Terkini
Penduduk bantah jualan arak di kedai serbaneka
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Seremban dan penduduk Taman Matahari Indah membantah penjualan minuman keras di kedai serbaneka di kawasan itu.

- Ia inisiatif memastikan tiada kedai serbaneka berhampiran taman perumahan majoriti penduduknya beragama Islam jual minuman keras.
- Penduduk di Taman Matahari Indah sokong sepenuhnya tindakan itu kerana ia beri kesan negatif kepada generasi muda berikutan mereka mudah beli minuman keras di premis berkenaan.
- Penjualan minuman memabukkan itu terang-terangan melanggar Enakmen Syariah Islam Negeri Sembilan di bawah Seksyen 79.
- Surat bantahan diserahkan Yang Dipertua Isma Seremban, Zakri Mohd Zain dan Pengerusi Surau Al Wusto Taman Matahari Indah, Abd Rapi Sa’aid kepada pengurus premis itu baru-baru ini.
SEREMBAN – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Seremban dan penduduk Taman Matahari Indah membantah penjualan minuman keras di kedai serbaneka di kawasan itu.
Surat bantahan diserahkan oleh Yang Dipertua Isma Seremban, Zakri Mohd Zain dan Pengerusi Surau Al Wusto Taman Matahari Indah, Abd Rapi Sa’aid kepada pengurus premis itu baru-baru ini.
Zakri berkata, bantahan itu sebagai inisiatif bagi memastikan tiada kedai serbaneka berhampiran taman perumahan yang majoriti penduduknya beragama Islam menjual minuman keras.
“Alhamdulillah, inisiatif ini disokong sepenuhnya oleh penduduk di Taman Matahari Indah yang ternyata turut tidak bersetuju adanya penjualan arak di premis berkenaan.
“Lagipun penjualan minuman memabukkan itu secara terang-terangan melanggar Enakmen Syariah Islam Negeri Sembilan di bawah Seksyen 79,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Ujarnya, pihak lain seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan jawatankuasa masjid serta surau diharap dapat mengambil inisiatif sama melakukan bantahan.
Sementara itu, Abd Rapi berkata, ada menerima aduan daripada penduduk yang tidak berpuas hati dengan penjualan minuman keras di kedai serbaneka di taman berkenaan.
“Ia jelas memberi kesan negatif kepada generasi muda kerana mereka mudah untuk membeli minuman keras.
“Justeru, kita menyokong penuh inisiatif yang dilakukan oleh Isma dalam membantah penjualan arak di kawasan majoriti Muslim,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China