Connect with us

Antarabangsa

Nilai pasaran propaganda anti-Islam di AS cecah USD1.5 bilion – Kajian

Kajian di Kanada mendedahkan terdapat rangkaian mempengaruhi dan membiayai Islamofobia kerana ia menjadi sektor perusahaan transnasional (merentasi sempadan), demikian lapor Anadolu Agensi. 

Wartawan TMT

Published

on

Nilai pasaran propaganda anti-Islam di AS cecah USD1.5 bilion - Kajian
  • Kajian di Kanada mendedahkan terdapat rangkaian mempengaruhi dan membiayai Islamofobia di Barat.
  • Ia kerana industri Islamofobia menjadi sektor perusahaan transnasional (merentas sempadan) di mana pasarannya dikoordinasikan 39 organisasi berpangkalan di AS.
  • Industri Islamofobia mencecah nilai pasaran USD1.5 bilion di Amerika Syarikat (AS) sahaja.
  • Kajian mendapati saluran media adalah salah satu pendorong utama dalam “industri Islamofobia”.

Kajian di Kanada mendedahkan terdapat rangkaian mempengaruhi dan membiayai Islamofobia kerana ia menjadi sektor perusahaan transnasional (merentasi sempadan), demikian lapor Anadolu Agensi. 

Profesor Sosiologi, Agama dan Budaya yang juga profesor pengajian Muslim di Universiti Wilfrid Laurier, Jasmin Zine berkata industri Islamofobia mencecah nilai pasaran USD1.5 bilion di Amerika Syarikat (AS) sahaja.

Pasaran itu dikoordinasikan 39 organisasi berpangkalan di AS, demikian menurut laporan analisis setebal 127 halaman yang disediakan Zine dan rakan-rakannya dalam tempoh empat tahun lalu. 

“Rangkaian Islamofobia adalah transnasional. Mereka bukan sahaja berpangkalan di Kanada atau AS, namun banyak pembiayaan untuk industri ini turut datang dari AS dan beberapa kajian di sana menunjukkan ia mempunyai nilai pasaran USD1.5 bilion secara keseluruhan. 

“Sebahagian daripada sokongan ini adalah mempromosikan propaganda anti-Islam,” kata Zine.

Zine menegaskan “saluran media” adalah salah satu pendorong utama dalam “industri Islamofobia”.

Beliau berkata “saluran media dan pengaruh Islamofobia” di Kanada menyumbang kepada forum media berhaluan kanan dan menggunakan platform media sosial untuk ‘monetize’ (mendapatkan laba) propaganda dan ketaksuban.

Zine berkata “foot soldiers” adalah satu lagi pencetus utama “industri Islamofobia,” dengan mengatakan mereka adalah “kelompok kanan, nasionalis kulit putih dan neo-Nazi dan penggerak di belakang mereka yang aktif dalam mempromosikan anti-Muslim dalam talian dan melalui protes dan demonstrasi awam.

Terdapat juga “pemberi maklumat asli,” yang merupakan “penentang Islam dan bekas Muslim yang memainkan peranan sebagai penceramah berwibawa, mencipta dan mengesahkan naratif Islamofobia dan teori konspirasi, tambahnya. 

“Mereka menyediakan ‘perlindungan politik’ untuk kempen Islamofobia,” katanya. 

Sumber: Anadolu Agency 

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending