Connect with us

Antarabangsa

Lelaki 30 tahun ancam keselamatan jemaah Masjid Kuraby di Brisbane

Seorang lelaki berusia 30 tahun telah didakwa oleh detektif counter terrorism selepas dia meninggalkan pesanan suara berbaur ancaman serius pada perkhidmatan telefon sebuah masjid di sebelah selatan Brisbane.

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki 30 tahun ancam keselamatan jemaah Masjid Kuraby di Brisbane
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  •  Lelaki berusia 30 tahun didakwa menghantar pesanan suara berbaur ancaman melalui telefon kepada pihak Masjid Kuraby, Brisbane.
  • Pihak pentadbiran masjid menjadi cemas susulan menerima pesanan suara tersebut.
  • Pihak polis Queensland berjaya menangkap lelaki tersebut di rumahnya dekat Sunnybank Hills.
  • Dia diberi jaminan polis dan perlu hadir ke Mahkamah Majistret Brisbane pada akhir bulan ini.

Seorang lelaki berusia 30 tahun telah didakwa oleh detektif counter terrorism selepas dia meninggalkan pesanan suara berbaur ancaman serius pada perkhidmatan telefon sebuah masjid di sebelah selatan Brisbane.

Pihak pentadbiran masjid menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan para jemaah serta masyarakat Muslim di situ.

Menurut Ketua Eksekutif Islamic College of Brisbane, Ali Kadri, pesanan suara yang ditinggalkan di Masjid Kuraby pada Isnin itu memperincikan pelbagai bentuk ancaman sekaligus mencetuskan perasaan takut dan cemas dalam kalangan ahli pentadbiran masjid tersebut.

Jurucakap Perkhidmatan Polis Queensland berkata, seorang lelaki telah ditangkap di rumahnya dekat Sunnybank Hills sebelah selatan Brisbane pada awal pagi Selasa dan telah didakwa dengan satu pertuduhan menggunakan perkhidmatan pengangkutan untuk mengancam, mengganggu atau menyebabkan kesalahan yang melanggar Kanun Jenayah Komanwel.

Dia bagaimanapun diberi jaminan polis dan bakal hadir di Mahkamah Majistret Brisbane pada akhir bulan ini.

Polis turut mengesahkan tiada lagi ancaman susulan terhadap komuniti muslim.

Terdahulu, Masjid Kuraby pernah menjadi sasaran apabila masjid itu dibakar susulan tragedi 11 September ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada tahun 2001, dan itu menyebabkan trauma dalam kalangan masyarakat Muslim.

Advertisement

Sumber: ABC News

Author

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending