Terkini
Kristian bakal menjadi agama minoriti menjelang 2070 – Kajian
Kepercayaan majoriti penduduk Amerika Syarikat (AS) mempunyai masa depan tidak menentu dengan penganut Kristian di negara itu dijangka menurun serendah 35 peratus daripada populasinya menjelang 2070 apabila berjuta-juta rakyatnya menjadi agnostik, ateis atau tidak bersekutu, menurut satu kajian aliran agama.

- Penganut Kristian di Amerika Syarikat (AS) dijangka jatuh serendah 35 peratus daripada populasinya menjelang 2070 apabila berjuta-juta rakyatnya menjadi agnostik, ateis atau tidak bersekutu, menurut satu kajian aliran agama.
- Pusat Penyelidikan Pew mendapati sebilangan besar orang dewasa di AS yang dikenal pasti sebagai Kristian menurun daripada 90 peratus pada 1990-an kepada 64 peratus sekarang dan berkemungkinan menjadi kepercayaan minoriti dalam beberapa dekad akan datang.
- Penurunan itu disebabkan penganut Kristian beralih kepada ‘nones’ iaitu percampuran sekular antara ateis, agnostik dan tidak beridentiti agama yang dijangka meningkat dari 30 peratus pada masa kini kepada 52 peratus menjelang 2070.
- Penganut agama lain termasuk Yahudi, Islam, Hindu dan Buddha, yang kini kira-kira enam peratus daripada populasi, dijangka meningkat dua kali ganda dalam bahagian aliran agama dengan majoritinya didorong faktor imigrasi dan bukannya pertukaran agama.
Kepercayaan majoriti penduduk Amerika Syarikat (AS) mempunyai masa depan tidak menentu dengan penganut Kristian di negara itu dijangka menurun serendah 35 peratus daripada populasinya menjelang 2070 apabila berjuta-juta rakyatnya menjadi agnostik, ateis atau tidak bersekutu, menurut satu kajian aliran agama.
Pusat Penyelidikan Pew mendapati sebilangan besar orang dewasa di AS yang dikenal pasti sebagai Kristian menurun daripada 90 peratus pada 1990-an kepada 64 peratus sekarang dan berkemungkinan menjadi kepercayaan minoriti dalam beberapa dekad akan datang.
Penurunan itu disebabkan penganut Kristian beralih kepada ‘nones’ iaitu percampuran sekular antara ateis, agnostik dan tidak mempunyai identiti agama yang dijangka meningkat dari 30 peratus pada masa kini kepada 52 peratus menjelang 2070.
Penganut agama lain termasuk Yahudi, Islam, Hindu dan Buddha, yang kini kira-kira enam peratus daripada populasi, dijangka meningkat dua kali ganda dalam bahagian aliran agama dengan majoritinya didorong faktor imigrasi dan bukannya pertukaran agama, demikian menurut pusat kajian itu dipetik Daily Mail.
Pengasingan daripada agama Kristian itu merupakan trend di kebanyakan negara maju yang dipercepatkan lagi dengan skandal penderaan seks yang merosakkan dan “cover-ups” di gereja Katolik, Southern Baptist, Mormon dan lain-lain.
Manakala kelompok “lain” berpaling daripada kepercayaan yang dikaitkan dengan hak politik Amerika, evangelis dan Kristian yang dilihat sering menjadi antara pengkritik paling lantang terhadap dasar progresif mengenai pengguguran dan perkahwinan gay.
Pakar agama menyatakan kekecewaan terhadap penemuan pusat kajian itu selain menyatakan pengasingan ke atas Kristian merupakan sebahagian perubahan sosial mendalam yang membentuk semula negara dengan kira-kira 330 juta populasi itu.
Pengarang Reorganized Religion,Bob Smietana berkata, kemerosotan agama Kristian mungkin membahayakan ‘institusi berasaskan kepercayaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat’ yang boleh ‘melemah atau hilang’.
Sumber: Daily Mail

You must be logged in to post a comment Login