Connect with us

Terkini

Kos tinggi balik Sarawak, undi pos lebih baik daripada subsidi balik kampung

Kerajaan Sarawak patut mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan undi pos bagi rakyat Malaysia Timur yang berada di negeri lain, bukannya memberi subsidi tambang kepada mereka yang pulang mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

Kos tinggi balik Sarawak, undi pos lebih baik daripada subsidi balik kampung
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Sarawak harus gesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan undi pos bagi rakyat Malaysia Timur di negeri lain. 
  • Tindakan pemberian subsidi bagi menggalakkan ramai pengundi pulang hanya penyelesaian jangka pendek.
  • Ia susulan jarak dan kos perjalanan tinggi dan undi pos adalah penyelesaian jangka panjang. 
  • “Hak mengundi bukan hanya hak untuk orang kaya atau mereka yang mampu terbang pulang untuk mengundi,” -Dr Kelvin Yii.

PETALING JAYA – Kerajaan Sarawak patut mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan undi pos bagi rakyat Malaysia Timur yang berada di negeri lain, bukannya memberi subsidi tambang kepada mereka yang pulang mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Penyandang kerusi Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii membuat gesaan itu selepas kerajaan Sarawak semalam berkata, ia akan mempertimbangkan pemberian subsidi dalam usaha menggalakkan lebih ramai pengundi pulang.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci bersama pimpinan lain.

Beliau menjawab soalan anak Sarawak yang belajar di Semenanjung berhubung perkara itu dalam satu sesi “town hall” di ibu negara semalam.

Yii berkata, walaupun beliau mungkin mengalu-alukan langkah pemberian subsidi itu jika dilaksanakan, ia hanya penyelesaian jangka pendek.

“Dengan jarak dan kos perjalanan tinggi, undi pos adalah penyelesaian jangka panjang.

“Ini langkah yang saya desak sejak awal lagi bagi melindungi hak rakyat Malaysia Timur untuk mengundi dan memudahkan penyertaan mereka dalam proses demokrasi.

“Hak mengundi bukan hanya hak untuk orang kaya atau mereka yang mampu terbang pulang untuk mengundi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia Timur di negeri lain tidak patut dibebani dari segi kewangan atau terdedah kepada risiko kerana terpaksa pulang ke kampung halaman semata-mata untuk melaksanakan hak mengundi mereka.

“Pembaharuan ini dan banyak lagi boleh dilakukan sebelum pilihan raya diadakan bagi memastikan lebih selamat, adil dan mudah untuk lebih ramai pengundi menjadi sebahagian daripada proses pilihan raya.”

Selasa lalu, Darell Leiking daripada Warisan turut menggesa SPR membenarkan rakyat Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia diberi pilihan undi pos atas faktor kos perjalanan pulang mengundi yang mahal.

Sumber: Free Malaysia Today 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending