Connect with us

Terkini

‘Kita nak zero arak di kawasan ini, tiada kompromi.’ – penduduk

Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengambil tindakan lebih tegas jika kedai serbaneka di kawasan Nilai Perdana di sini masih meneruskan penjualan minuman keras.

Wartawan TMT

Published

on

‘Kita nak zero arak di kawasan ini, tiada kompromi.’ - penduduk
Foto: Ikatan Muslim Malaysia (Isma).
  • Tujuh NGO akan ambil tindakan lebih tegas jika kedai serbaneka di kawasan Nilai Perdana masih meneruskan penjualan minuman keras.
  • Pengerusi Surau Al-Ikhlas Nilai Perdana, berkata mereka tidak boleh berkompromi lagi dengan penjualan minuman keras kerana ia beri kesan buruk.
  • “Kita difahamkan walaupun kertas kerja hentikan jualan minuman keras telah dihantar kepada pihak kedai, namun masih tiada arahan menghentikan jualannya.”
  • Jika bantahan tidak diendahkan, pihaknya akan melakukan bantahan beramai-ramai dengan dapatkan tanda tangan penduduk setempat.

NILAI – Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengambil tindakan lebih tegas jika kedai serbaneka di kawasan Nilai Perdana di sini masih meneruskan penjualan minuman keras.

NGO berkenaan iaitu Ikatan Muslim Malaysia (Isma) cawangan Nilai, Persatuan Penduduk Taman Nilai Perdana (PNP), Persatuan Penduduk Taman Nilai Perdana (SERUNI) dan Pusat Komuniti Anjung Hikmah.

Selain itu, Surau Al-Ikhlas Nilai Perdana, Surau Al Azim Blok J dan Surau Apartment Nilai Perdana.

Pengerusi Surau Al-Ikhlas Nilai Perdana, Rosli Derus berkata, mereka tidak boleh berkompromi lagi dengan penjualan minuman keras kerana ia boleh memberi kesan buruk.

“Bukan sekadar tutup dengan pelekat hitam, tetapi kita nak zero arak di kawasan ini, tiada kompromi.

“Kita difahamkan walaupun kertas kerja untuk menghentikan penjualan minuman keras telah dihantar kepada pihak kedai sebelum ini, namun masih tiada arahan untuk menghentikan penjualannya,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambahnya, tempoh dua minggu diberi kepada pihak pengurusan kedai serbaneka terbabit untuk mengosongkan rak penjualan minuman keras.

Advertisement

Ujar beliau, jika bantahan itu tidak diendahkan, pihaknya akan melakukan bantahan beramai-ramai dengan mendapatkan tanda tangan daripada penduduk setempat.

Sumber : Sinar Harian

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending