Connect with us

Antarabangsa

Islamofobia: Umat Islam jadi sasaran utama jenayah kebencian di England, Wales

Kebanyakan mangsa jenayah kebencian agama di England dan Wales adalah individu beragama Islam, demikian menurut statistik terkini dikeluarkan kerajaan.

Wartawan TMT

Published

on

Islamofobia: Umat Islam jadi sasaran utama jenayah kebencian di England, Wales
  • Kebanyakan mangsa jenayah kebencian agama di England dan Wales adalah orang Islam.
  • Lebih 100,000 jenayah kebencian perkauman direkodkan buat kali pertama tahun lalu.
  • 42 peratus kesalahan jenayah melibatkan agama disasarkan terhadap orang Islam (3,359 kesalahan), suatu angka yang membimbangkan terhadap kelaziman Islamofobia.
  • Hampir separuh masjid dan institusi Islam di United Kingdom (UK) mengalami serangan bermotifkan agama.

Kebanyakan mangsa jenayah kebencian agama di England dan Wales adalah individu beragama Islam, demikian menurut statistik terkini dikeluarkan kerajaan.

Data Pejabat Dalam Negeri menunjukkan lebih 100,000 jenayah kebencian perkauman direkodkan buat kali pertama pada tahun lalu. 

Pada akhir Mac 2022, 42 peratus kesalahan jenayah melibatkan agama disasarkan terhadap orang Islam (3,359 kesalahan), suatu angka yang membimbangkan terhadap kelaziman Islamofobia dalam masyarakat serta pengalaman yang dilalui wanita Islam. 

Manakala kumpulan sasaran seterusnya adalah orang Yahudi dengan 23 peratus (1,919) kesalahan direkodkan. 

Islam Channel melaporkan, secara keseluruhannya, terdapat 155,841 jenayah kebencian yang direkodkan polis di England dan Wales, meningkat sebanyak 26 peratus daripada tahun lalu.

Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, kebanyakan jenayah kebencian adalah bermotifkan perkauman, menyumbang kepada lebih dua pertiga daripada semua kesalahan (70 peratus 109,843 kesalahan).

Jenayah kebencian bermotifkan perkauman meningkat 19 peratus pada tahun sebelumnya, manakala kesalahan terhadap semua kumpulan minoriti meningkat lebih daripada satu perempat, iaitu peningkatan terbesar tahunan sejak 2017.

Advertisement

“Tidak pasti sejauh mana peningkatan yang dilihat tahun ini meneruskan corak penambahbaikan dalam rekod polis atau mewakili peningkatan sebenar dalam jenayah kebencian,” kata laporan Pejabat Dalam Negeri itu.

Tinjauan awal tahun ini mendapati hampir separuh masjid dan institusi Islam di United Kingdom (UK) mengalami serangan bermotifkan agama dalam tempoh tiga tahun lalu, demikian pendedahan satu kajian baharu.

Sumber: Islam Channel

 

Author

Advertisement

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending