Connect with us

Terkini

Iklan, kempen politik sebelum penamaan calon tidak dibenarkan

Sebarang bentuk iklan atau kempen secara haram sebelum penamaan calon dibuat sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah tidak dibenarkan.

Wartawan TMT

Published

on

Iklan, kempen politik sebelum penamaan calon tidak dibenarkan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Aktiviti berkempen hanya boleh dilakukan selepas SPR mengumumkan nama calon bakal menyertai PRU15 kelak.
  • “Sekarang mereka tidak memaklumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi. Jadi segala kempen itu (papan iklan haram) tidak dibenarkan.” – Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor
  • Mereka perlu bayar deposit sebanyak RM5,000 bagi PRU peringkat Parlimen dan RM3,000 untuk DUN kepada PBT di kawasan berkenaan.

SHAH ALAM – Sebarang bentuk iklan atau kempen secara haram sebelum penamaan calon dibuat sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah tidak dibenarkan.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata demikian ketika disoal tentang tindakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang menurunkan iklan kempen sebuah parti politik di kawasan seliaan pihak tersebut pada Ahad.

Menurutnya, aktiviti berkempen hanya boleh dilakukan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan nama calon yang bakal menyertai PRU15 kelak.

“Jika kita merujuk kepada undang-undang pilihan raya sedia ada, segala kempen tidak dibenarkan pada masa ini dan hanya boleh dilakukan selepas SPR mengumumkan nama calon.

“Sekarang mereka tidak memaklumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi. Jadi segala kempen itu (papan iklan haram) tidak dibenarkan.

“Mereka perlu membayar deposit sebanyak RM5,000 bagi PRU peringkat Parlimen dan RM3,000 untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada PBT di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas perasmian Persidangan Malaysia Urban Forum 2022 (MUF2022) di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, di sini pada Isnin.

Pada Ahad, tular satu ciapan memaparkan beberapa papan iklan didakwa berunsurkan kempen untuk menghadapi pilihan raya oleh sebuah parti politik dinaikkan dalam daerah Subang Jaya.

Bagaimanapun, salah seorang pengguna Twitter dengan nama Khairul Khalid memaklumkan papan iklan tersebut diturunkan oleh pihak MBSJ pada petang Ahad.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending