Connect with us

Antarabangsa

Ibu bapa Islam dan Kristian di Dearborn bantah buku LGBT di sekolah

Orang awam menyuarakan kebimbangan terhadap polisi daerah mengenai semakan semula buku-buku mengikut kandungan sesuai di mesyuarat lembaga pengarah Sekolah Awam Dearborn pada Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Ibu bapa Islam dan Kristian di Dearborn bantah buku LGBT di sekolah
Foto: Buku ‘This Book Is Gay’ tulisan Juno Dawson.
  • Orang awam menyuarakan kebimbangan terhadap polisi daerah mengenai semakan semula buku-buku mengikut kandungan sesuai.
  • Mesyuarat itu membincangkan dasar daerah untuk mengalih keluar buku-buku di perpustakaan.
  • Mereka kecewa dengan buku ‘This Book Is Gay’ tulisan Juno Dawson berkenaan jantina dan seksualiti yang mempromosikan LGBT.
  • Buku itu sedang disemak semula oleh pihak berkuasa pendidikan daerah ekoran bantahan ibu bapa.

MICHIGAN – Orang awam menyuarakan kebimbangan terhadap polisi daerah mengenai semakan semula buku-buku mengikut kandungan sesuai di mesyuarat lembaga pengarah Sekolah Awam Dearborn pada Isnin lalu.

Michigan Radio melaporkan agenda mesyuarat itu membincangkan isu yang menjadi pertikaian umum iaitu melibatkan dasar daerah untuk mengalih keluar buku-buku di perpustakaan.

Mesyuarat itu dihadiri orang awam yang terdiri dalam kalangan lelaki muda, pemimpin agama Islam dan kumpulan agama yang berbeza, termasuk sebahagian Kristian, yang mengetuai usaha lain bagi menyekat buku-buku di perpustakaan Michigan.

Beberapa orang awam di mesyuarat Dearborn itu mengadakan mesyuarat sebagai tanda tidak menyokong idelogi LGBT dan membawa mesej anti-LGBT.

Ramai dalam kalangan mereka kecewa dengan buku ‘This Book Is Gay’ tulisan Juno Dawson, iaitu buku kategori ‘young adult non-fiction’ tentang jantina dan seksualiti.

Buku itu turut mengandungi lukisan pensil kasar mengenai anatomi lelaki dan perempuan.

Orang ramai membawa isu itu ke mesyuarat lembaga dengan membincangkan bahawa buku itu tidak sesuai untuk pembacaan kanak-kanak. 

Buku itu sedang disemak semula ekoran bantahan ibu bapa.

Ibu bapa juga meminta agar lima buku lain dialih keluar yang juga dalam semakan antaranya adalah ‘Push’, ‘The Lovely Bones’, ‘Eleanor & Park’, ‘Red, White and Royal Blue’ and ‘All Boys Aren’t Blue’.

Kakitangan sekolah menjelaskan bahawa daerah itu mempunyai dasar untuk tidak memasukkan bahan media yang mengandungi grafik keganasan yang tidak sepatutnya, seperti kandungan seksual, kata-kata makian atau ucapan kebencian dalam koleksi perpustakaan.

Sumber: Michigan Radio 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending