Connect with us

Antarabangsa

Ibu bapa di AS raikan anak-anak ubah jantina

Peningkatan transgender dan pengiktirafan terhadap kelompok itu mendorong banyak kanak-kanak belum mumayyiz (boleh membezakan sesuatu baik dan buruk) di Amerika Syarikat (AS) celaru dengan jantina mereka sehinggakan ada mahu menjalani pertukaran jantina. 

Wartawan TMT

Published

on

Ibu bapa di AS raikan anak-anak ubah jantina
Foto: Sumber National Today.
  • Amerika sambut Hari Transgender Kanak-Kanak Kebangsaan pada 26 Oktober setiap tahun.
  • Sambutan itu dikatakan bertujuan meraikan kanak-kanak yang berani mengisytihar jantina pilihan mereka.
  • Ia juga menggalakkan ibu bapa lain untuk bersikap lebih terbuka terhadap pilihan jantina anak-anak mereka.
  • Pertama kali disambut pada 2019, bermula dari idea seorang ibu yang mempunyai anak transgender.

Peningkatan transgender dan pengiktirafan terhadap kelompok itu mendorong banyak kanak-kanak belum mumayyiz (boleh membezakan sesuatu baik dan buruk) di Amerika Syarikat (AS) celaru dengan jantina mereka sehinggakan ada mahu menjalani pertukaran jantina. 

Lebih memburukkan keadaan, hasrat kanak-kanak itu disokong ibu bapa atau penjaga mereka.

Hari Transgender Kanak-Kanak Kebangsaan disambut setiap 26 Oktober membuktikan bagaimana ibu bapa di negara itu bersikap sangat terbuka dengan pilihan jantina anak-anak mereka. 

Sambutan tahunan itu bertujuan meraikan kanak-kanak yang berani mengisytiharkan jantina mereka kerana kelompok itu kurang berbuat demikian berbanding transgender dewasa. Ini kerana keputusan kanak-kanak masih bergantung kepada kebenaran ibu bapa atau penjaga sah mereka.

Amat jelas sekali bagaimana penerimaan ibu bapa di negara itu terhadap LGBTQ, sehingga menyokong sepenuhnya pilihan anak mereka untuk menukar jantina. 

Bukankah peranan ibu bapa sepatutnya mendidik dan memberi panduan agar anak-anak tidak memilih jalan yang salah? Jika mereka tersasar, bukankah sepatutnya ibu bapa segera membimbing mereka kembali ke jalan yang benar sebelum mereka tersesat lebih jauh?

Hari Transgender Kanak-Kanak mula disambut pertama kali pada 2019.  Ia merupakan cetusan idea Jill Rubin Aul, ibu kepada kanak-kanak transgender. 

Dia yang merasakan betapa kurangnya pengiktirafan terhadap anak transgendernya memutuskan untuk mengumpulkan dana USD1,000 (RM 4,741) melalui kempen GoFundMe bagi melaksanakan hasratnya, dengan tarikh 26 Oktober dipilih sempena tarikh lahir anak transgendernya.

Sumber: National Today 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending