Antarabangsa
Gerard Pique dapat kebenaran bina hotel atas tanah perkuburan Muslim
Pemain pasukan bola sepak Sepanyol, Gerard Pique mendapat kelulusan bagi memulakan pembinaan hotel di atas tanah perkuburan Muslim lama di Malaga, Sepanyol, demikian lapor akhbar Sepanyol MARCA.
- Gerard Pique dilaporkan mendapat kelulusan bagi memulakan pembinaan hotel yang bakal dibina di tanah perkuburan Muslim lama.
- Pembinaan hotel itu sebelum ini ditangguh susulan penemuan penyiasatan arkeologi yang menemukan tanah perkuburan Muslim ketika zaman pertengahan.
- “Makam itu kosong, berkemungkinan tidak pernah digunakan lagi dan tidak cukup berharga untuk dipelihara,”- ahli arkeologi Alberto Cumpian.
Pemain pasukan bola sepak Sepanyol, Gerard Pique mendapat kelulusan bagi memulakan pembinaan hotel di atas tanah perkuburan Muslim lama di Malaga, Sepanyol, demikian lapor akhbar Sepanyol MARCA.
Pembinaan hotel itu sebelum ini ditangguh susulan penemuan penyiasatan arkeologi yang menemukan tanah perkuburan Muslim ketika zaman pertengahan yang masih menjadi persoalan ramai.
Hotel itu akan dibina bermula Januari 2023 di kawasan seluas kira-kira 3,000 meter persegi.
“Makam itu kosong, berkemungkinan tidak pernah digunakan lagi dan tidak cukup berharga untuk dipelihara,” kata ahli arkeologi, Alberto Cumpian.
Sumber: IFM
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Kolumnis3 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini4 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR
-
Antarabangsa3 days ago
Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh