Antarabangsa
Eropah terus diskriminasi pemakaian wanita Islam
Beberapa kisah muncul sejak beberapa hari lalu menunjukkan kesukaran dihadapi wanita Islam dalam mempraktikkan kepercayaan mereka di Eropah, demikian lapor Islam Channel.

- Mahkamah tertinggi Eropah memutuskan bahawa syarikat Kesatuan Eropah (EU) boleh melarang wanita memakai tudung di tempat kerja.
- Peraturan itu terpakai kepada semua pekerja sebagai sebahagian sekatan yang lebih meluas ke atas pemakaian penutup kepala.
- Switzerland bercadang mendenda 1,000 franc Swiss (£900) (RM4,727) bagi sesiapa yang memakai niqab.
- Menteri Pendidikan Perancis pula akan menangani peningkatan trend kanak-kanak memakai pakaian Muslim di sekolah yang dikatakan bertentangan dengan nilai sekularisme di negara itu.
Beberapa kisah muncul sejak beberapa hari lalu menunjukkan kesukaran dihadapi wanita Islam dalam mempraktikkan kepercayaan mereka di Eropah, demikian lapor Islam Channel.
Khamis lalu, mahkamah tertinggi Eropah memutuskan bahawa syarikat Kesatuan Eropah (EU) boleh melarang wanita memakai tudung di tempat kerja jika peraturan itu terpakai kepada semua pekerja sebagai sebahagian sekatan yang lebih meluas ke atas pemakaian penutup kepala.
Mahkamah Kehakiman Kesatuan Eropah (ECJ) berkata larangan umum terhadap penutup kepala tidak mendiskriminasikan pekerja atas alasan agama.
“Peraturan dalaman sesuatu aku janji yang melarang pemakaian tanda agama, falsafah atau rohani yang boleh dilihat tidak membentuk diskriminasi langsung, jika ia digunakan untuk semua pekerja secara umum dan tidak dibezakan,” menurut ECJ.
Keputusan itu berkaitan dengan kes di Belgium yang berterusan sejak 2018 di mana seorang wanita Islam yang menjalani latihan amali selama enam minggu diberitahu dia tidak boleh memakai hijab kerana syarikat itu mempunyai ‘neutrality rule’ yang tidak membenarkan pemakaian sebarang jenis penutup kepala.
Dalam pada itu, Switzerland mencadangkan mendenda 1,000 franc Swiss (£900) (RM4,727) ke atas mana-mana individu yang memakai niqab.
Ia adalah tindakan yang dilihat sebagai diskriminasi dan Islamofobia, terutamanya sejak pengundian (referendum mengenai larangan itu pada tahun lalu) berlaku pada kemuncak wabak COVID-19 dengan orang ramai masih diwajibkan memakai pelitup muka
Walaupun draf undang-undang itu tidak menyebut nama burqa atau niqab, namun ia dilihat secara meluas sebagai sasaran untuk umat Islam.
Menteri Pendidikan Perancis pula dilaporkan berkata, beliau akan menangani peningkatan trend kanak-kanak memakai pakaian Muslim di sekolah, yang menurutnya bertentangan dengan nilai sekularisme Perancis.
Sumber: Islam Channel

You must be logged in to post a comment Login