Connect with us

Antarabangsa

Diskriminasi: Syarikat di Perancis larang, ambil tindakan pekerja guna air untuk ‘beristinjak’

Sebuah syarikat di Perancis meletakkan notis tindakan tegas bakal diambil terhadap pekerja beristinjak menggunakan air selepas membuang air besar/kecil, demikian laporan The Siasat Daily.

Wartawan TMT

Published

on

Diskriminasi: Syarikat di Perancis larang, ambil tindakan pekerja guna air untuk 'beristinjak'
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah syarikat di Perancis melarang pekerjanya ‘beristinjak’ menggunakan air di tandas melalui satu notis.
  • Menurut notis itu, syarikat bakal mengenakan tindakan tegas bagi pekerja yang didapati memasuki tandas membawa bekas berisi air.
  • Notis turut menyebut beristinjak menggunakan tisu itu adalah suatu kebiasaan di Perancis.
  • Pengkritik mendakwa notis itu ditujukan kepada pekerja beragama Islam yang menggunakan air bersih untuk beristinjak.
  • Istinjak adalah terma Islam merujuk kepada penggunaan air untuk membersihkan diri selepas membuang air besar/kecil.

Sebuah syarikat di Perancis meletakkan notis tindakan tegas bakal diambil terhadap pekerja beristinjak menggunakan air selepas membuang air besar/kecil, demikian laporan The Siasat Daily.

Notis itu menyebut, “Perhatian kepada semua pengguna tandas. Adalah suatu kebiasaan di Perancis untuk mengelap menggunakan tisu tandas dan membasuh tangan kemudian menggunakan sabun.

“Menggunakan air yang mengalir dari botol plastik sama sekali bertentangan dengan peraturan kebersihan ditetapkan dalam syarikat ini. Oleh itu, sesiapa didapati memasuki tandas membawa botol berisi air akan dikenakan tindakan tegas”.

(Istinjak adalah terma Islam merujuk kepada penggunaan air untuk membersihkan diri selepas membuang air besar/kecil)

Pengkritik mendakwa notis itu ditujukan kepada pekerja beragama Islam yang menggunakan air bersih untuk beristinjak.

Kebanyakan tandas di barat tidak dilengkapi dengan paip air berdekatan mangkuk tandas. 

Oleh itu, orang Islam yang menggunakan tandas terpaksa membawa apa sahaja bekas berisi air bersih untuk tujuan berinstinjak.

Sumber: Siasat

Author

Antarabangsa

Kes keganasan seksual berkaitan konflik naik 50 peratus pada 2023 – PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menekankan lonjakan angka membimbangkan kes keganasan seksual berkaitan konflik di seluruh dunia.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Wakil Khas PBB bagi Keganasan Seksual ketika Konflik, Pramila Patten.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menekankan lonjakan angka membimbangkan kes keganasan seksual berkaitan konflik di seluruh dunia.
  • Perkara itu menzahirkan kesan buruk ke atas wanita dan kanak-kanak yang terperangkap dalam pertempuran konflik bersenjata.
  • “Ia merekodkan 3,688 kes keganasan seksual berkaitan konflik yang disahkan PBB yang berlaku sepanjang 2023, mencerminkan peningkatan dramatik sebanyak 50 peratus berbanding tahun sebelumnya,” kata Wakil Khas PBB bagi Keganasan Seksual ketika Konflik, Pramila Patten pada Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai wanita, keamanan dan keselamatan yang dipetik agensi berita Anadolu.
  • Patten turut menekankan mesyuarat majlis PBB itu diadakan “ketika perbelanjaan ketenteraan melonjak kepada lebih $2.2 trilion, manakala belanjawan bantuan kemanusiaan dikurangkan”.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menekankan lonjakan angka membimbangkan kes keganasan seksual berkaitan konflik di seluruh dunia.

Perkara itu menzahirkan kesan buruk ke atas wanita dan kanak-kanak yang terperangkap dalam pertempuran konflik bersenjata.

“Ia merekodkan 3,688 kes keganasan seksual berkaitan konflik yang disahkan PBB yang berlaku sepanjang 2023, mencerminkan peningkatan dramatik sebanyak 50 peratus berbanding tahun sebelumnya,” kata Wakil Khas PBB bagi Keganasan Seksual ketika Konflik, Pramila Patten pada Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai wanita, keamanan dan keselamatan yang dipetik agensi berita Anadolu.

Patten turut menekankan mesyuarat majlis PBB itu diadakan “ketika perbelanjaan ketenteraan melonjak kepada lebih $2.2 trilion, manakala belanjawan bantuan kemanusiaan dikurangkan”.

Beliau turut menggariskan kesan yang tidak seimbang berlaku terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

“Pada 2023, wanita dan kanak-kanak perempuan menyumbang 95% daripada kes yang disahkan, dengan 5% direkodkan terhadap lelaki dan kanak-kanak (lelaki),” katanya.

Duta Muhibbah Wanita PBB, Danai Gurira yang menyuarakan sentimen Patten, menonjolkan sifat meluas jenayah merentasi 25 situasi konflik di seluruh dunia.

“Tiada yang lebih berbahaya daripada jenayah yang tidak diakui, jenayah yang ghaib dan dibiarkan berterusan,” kata Gurira.

Dia menekankan keperluan tindakan segera, menunjukkan kekebalan yang sering dinikmati pelaku di kawasan konflik.

“Sebahagian besarnya masih dengan kos bebas merogol dalam kekacauan konflik,” keluhnya, menyeru langkah lebih kuat untuk mengakhiri budaya kekebalan ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending