Connect with us

Antarabangsa

Digantung, dipecat kerana laporkan ‘pondan’ di bilik persalinan perempuan

Seorang pelajar sekolah menengah dan bapanya menyaman sebuah sekolah di Vermont, Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan tindakan ke atas mereka kerana melaporkan pelajar transgender yang berada di bilik persalinan perempuan, demikian lapor Daily Mail. 

Wartawan TMT

Published

on

Digantung, dipecat kerana laporkan 'pondan' di bilik persalinan perempuan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang pelajar sekolah dan bapanya menyaman sekolah susulan tindakan dikenakan ke atas mereka kerana melaporkan seorang pelajar transgender berada di bilik persalinan perempuan.
  • Remaja perempuan itu, Blake Allen digantung dari sekolah dan bapanya, Travis Allen dipecat tanpa gaji sebagai jurulatih bola sepak perempuan.
  • “Saya telah digantung kerana saya menyuarakan pendapat saya bahawa seorang lelaki tidak sepatutnya berada di bilik persalinan wanita,” kata Blake.
  • Bapa pelajar itu pula dipecat kerana memanggil pelajar lelaki itu sebagai lelaki.

Seorang pelajar sekolah menengah dan bapanya menyaman sebuah sekolah di Vermont, Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan tindakan ke atas mereka kerana melaporkan pelajar transgender yang berada di bilik persalinan perempuan, demikian lapor Daily Mail. 

Blake Allen, 14, digantung dari Sekolah Menengah Randolph Union dan bapanya, Travis Allen dipecat tanpa gaji sebagai jurulatih bola sepak perempuan kerana memanggil pelajar transgender (secara biologinya lelaki) sebagai lelaki.

Bapa dan remaja perempuan itu menyertai program ‘Tucker Carlson Tonight’ pada Khamis lalu bagi membincangkan tuntutan mahkamah difailkan mereka terhadap daerah sekolah itu.

“Saya telah digantung kerana menyuarakan pendapat bahawa seorang lelaki tidak sepatutnya berada di bilik persalinan wanita. 

“Ramai rakan sekelas menyokong, saya rasa kebanyakan orang dan pihak sekolah juga begitu, mereka terlalu takut untuk bersuara kerana mereka melihat semua tindak balas  yang saya terima berkenaan perkata itu,” kata Blake. 

“Saya membuat hantaran media sosial yang merujuk kepada pelajar lelaki itu sebagai lelaki dan saya dihukum kerananya. Sebab saya salah panggil jantina dia,” kata bapa Blake, Travis.

Menggambarkan situasi insiden ketika kejadian itu, Blake berkata, “saya berada di dalam bilik persalinan dan pelajar (transgender) itu masuk dan pada ketika itu ada seluruh pasukan dalam bilik dan saya tidak selesa.

“Saya berlalu pergi dan memaklumkan kepada pihak sekolah, namun mereka hanya meminta saya berdiam diri kerana tiada apa yang boleh mereka lakukan,” katanya. 

Sumber: Daily Mail 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending