Terkini
BN tampilkan 70 peratus muka baharu
BN akan menampilkan 70 peratus muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon-calon yang bakal diketengahkan juga berkaliber, berkelulusan akademik, berakhlak baik dan mempunyai komitmen tinggi untuk membantu rakyat.

- Calon-calon bakal diketengahkan berkaliber, berkelulusan akademik, berakhlak baik dan mempunyai komitmen tinggi bantu rakyat.
- BN akan penuhi permintaan 30 peratus calon terdiri daripada golongan wanita mengikut kategori dicadangkan.
- “Mereka berikan empat kategori terdiri Exco wanita di peringkat nasional di dalam UMNO, BN dan Friends of BN, calon ketua UMNO bahagian terdapat tujuh orang, calon wanita dari puteri dan calon profesional. Kita berazam penuhkan calon wanita di semua peringkat,” – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
- Beberapa muka lama akan dikekalkan sebagai calon BN pada PRU15.
- Buat pertama kali calon Friends of BN akan ditampilkan mewakili parti itu.
- BN akan tanding 191 kerusi di Parlimen.
BAGAN DATUK – BN akan menampilkan 70 peratus muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon-calon yang bakal diketengahkan juga berkaliber, berkelulusan akademik, berakhlak baik dan mempunyai komitmen tinggi untuk membantu rakyat.
Jelas beliau, BN juga akan memenuhi permintaan agar 30 peratus calon terdiri daripada golongan wanita mengikut kategori yang dicadangkan.
“Mereka memberikan empat kategori terdiri Exco wanita di peringkat nasional di dalam UMNO, BN dan Friends of BN, calon ketua UMNO bahagian yang terdapat tujuh orang, calon wanita dari puteri dan calon profesional. Kita berazam untuk penuhkan calon wanita di semua peringkat.
“Ini bukan bererti pemuda tidak ada peluang. Kita harap pemuda juga diberi peluang calon muka baharu pada pilihan raya kali ini,” katanya ketika berucap menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini pada Ahad.
Beliau berkata, selain itu beberapa muka lama juga akan dikekalkan sebagai calon BN pada PRU15.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pada PRU15, buat pertama kalinya calon dari Friends of BN akan ditampilkan mewakili parti itu.
“Kita akan tanding di 191 kerusi Parlimen termasuk calon dari UMNO dan calon komponen BN serta kita tidak pernah melupakan calon daripada Friends of BN. Ini pertama kali kita bagi peluang kepada Friends.
“Yang penting bukan siapa (calon dipilih bertanding). Apabila calon itu wakil BN, calon itu akan diundi rakyat,” katanya yang juga Presiden UMNO.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS