Antarabangsa
Australia lancar misi menyelamat warganegaranya terperangkap di kem tahanan Syria
Kerajaan Australia akan melancarkan misi menyelamat puluhan wanita dan kanak-kanak Australia yang terperangkap di kem tahanan Syria berdekatan Iraq.

- Kerajaan Australia sedang bersiap sedia untuk melancarkan misi menyelamatkan berpuluh-puluh wanita dan kanak-kanak Australia yang terperangkap di kem tahanan Syria.
- Lebih 20 wanita Australia dan lebih 40 kanak-kanak telah terbunuh, dipenjarakan dan masih kekal berada dalam kem tahanan di Syria.
- Australia akan menghantar pulang lebih daripada 20 rakyatnya yang kebanyakannya adalah kanak-kanak.
- Operasi menyelamat seterusnya dijangka akan dijalankan dalam beberapa bulan akan datang.
LONDON – Kerajaan Australia akan melancarkan misi menyelamat puluhan wanita dan kanak-kanak Australia yang terperangkap di kem tahanan Syria berdekatan Iraq.
Lebih 20 wanita Australia dan 40 kanak-kanak yang merupakan balu atau anak kepada anggota militan ISIS yang telah terbunuh atau dipenjarakan masih berada dalam kem tahanan al-Hol dan Roj di timur laut Syria, lapor The Guardian.
Australia dijangka akan mengutamakan proses membawa pulang lebih daripada 20 rakyatnya yang terdiri daripada kanak-kanak sebelum meneruskan operasi menyelamat warganegaranya yang lain.
Ramai wanita yang ditahan di kem terbabit berkata mereka telah dipaksa atau ditipu untuk pergi ke Syria oleh suami yang telah meninggal dunia. Kebanyakan kanak-kanak Australia berumur bawah enam tahun dan beberapa orang dilaporkan dilahirkan di kem tersebut.
Menurut laporan The Guardian, pada 2019, Australia melancarkan misi menyelamat secara rahsia untuk membawa pulang lapan anak yatim Australia, termasuk seorang remaja hamil, dari kem itu.
Bagaimanapun sejak daripada itu kerajaan enggan membawa pulang rakyatnya lagi ekoran bimbang aspek keselamatan.
The Guardian telah mengesahkan dengan pelbagai sumber bahawa misi menyelamat akan berlangsung tidak lama lagi.
Sumber: The Guardian
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah