Antarabangsa
Ancaman masjid Brisbane: “Dengar sini Muslim durjana, anda tidak berhak berada di Australia”
Pemimpin Islam di Australia mempersoalkan mengapa tiada tindakan yang lebih tegas diambil pihak polis selepas Masjid Kuraby menerima pesanan suara yang mengancam untuk membunuh masyarakat Muslim dan membakar masjid tersebut.

- Kumpulan Islam mempersoal tindakan pihak polis yang kurang tegas terhadap lelaki yang mengancam untuk membakar Masjid Kuraby, Brisbane dan membunuh masyarakat Muslim di sana.
- Lelaki berusia 30 tahun itu hanya ditangkap dan kemudian dibebaskan dengan jaminan.
- Meskipun hanya ancaman melalui pesanan suara, tetapi ia telah menimbulkan panik dan trauma dalam kalangan komuniti masjid tersebut.
- Presiden Queensland Muslim Inc mendakwa tindakan polis mungkin berbeza jika pelakunya ialah orang Islam.
- Rangkaian Advokasi Muslim Australia (AMAN) turut berpendapat pesanan suara tersebut berbaur rasis dan ketuanan kulit putih.
Pemimpin Islam di Australia mempersoalkan mengapa tiada tindakan yang lebih tegas diambil pihak polis selepas Masjid Kuraby menerima pesanan suara yang mengancam untuk membunuh masyarakat Muslim dan membakar masjid tersebut.
Pesanan suara berdurasi 57 saat yang diterima pihak masjid pada Isnin itu mengandungi kata-kata kesat dari seorang lelaki yang mengatakan bahawa Muslim adalah pengganas, dan bersumpah untuk membunuh mereka.
“Dengar sini orang Muslim durjana, anda tidak berhak berada di Australia. Jadi apa yang akan berlaku ialah saya akan membunuh anda semua. Ini ialah negara orang-orang putih,”
“Pergi jahanam jika anda rasa anda boleh membina masjid sesuka hati di serata Australia. Saya akan bakar kesemuanya. Saya akan bunuh semua Muslim di seluruh dunia. Anda semuanya pengganas durjana” demikian kata-kata yang terkandung dalam pesanan suara itu.
Terdahulu, Pihak polis Queensland memaklumkan yang satu tangkapan telah dibuat oleh detektif counter terrorism terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun di rumahnya dan telah didakwa dengan satu pertuduhan menggunakan perkhidmatan pengangkutan untuk mengancam, mengganggu atau menyebabkan kekecohan. Dia kemudian diberi jaminan dan bakal hadir ke Mahkamah Majistret pada 30 Oktober.
Jurucakap polis turut mengesahkan tiada lagi ancaman susulan terhadap masyarakat Muslim.
Tindakan ini mengejutkan Kumpulan Muslim Queensland kerana lelaki itu tidak dikenakan tindakan lebih tegas dan turut dibebaskan dengan jaminan.
Presiden Queensland Muslim Inc, Habib Jamal berkata pesanan suara tersebut telah mengakibatkan kekecohan dalam kalangan pengurusan, kakitangan dan sukarelawan di masjid.
Habib turut mempersoalkan mengapa ancaman seperti itu tidak dianggap sebagai keganasan dan mempertimbangkan tindakan lebih tegas.
“Perbuatan ini adalah satu tindakan keganasan psikologi kepada komuniti kami,” kata Habib
“Sepatutnya perlu ada pencegahan yang serius, perlindungan masyarakat dan langkah-langkah untuk menjauhkan orang daripada mempunyai pemikiran yang ganas – semua ini nampaknya mustahil untuk dicapai di bawah pertuduhan yang digunakan oleh polis.”
Tambah Habib, situasi itu amat berbeza dengan cara orang muda Islam dilayan oleh polis dan sering terlibat dengan pihak berkuasa counter terrorism.
Dalam pada itu, jurucakap Rangkaian Advokasi Muslim Australia (AMAN) berkata, bahasa yang digunakan dalam pesanan suara itu mencerminkan ketuanan kulit putih dan rasis.
Menurutnya, mereka mempunyai dokumen sejarah kes-kes yang dikenakan tindakan kurang tegas akibat ketuanan kulit putih selama lebih sedekad.
“Apabila undang-undang keganasan digunakan untuk melindungi satu komuniti tetapi bukan yang lain, ia akan memberi kesan yang dahsyat” tambahnya.
Reference: The Guardian
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah