Connect with us

Antarabangsa

Amerika Syarikat sedia ruang jantina tambahan buat transgender dalam rekod Keselamatan Sosial

Rakyat Amerika Syarikat (AS) kini boleh memilih penanda jantina dalam rekod Keselamatan Sosial mereka, demikian umum Pentadbiran Keselamatan Sosial AS pada Rabu lalu. 

Wartawan TMT

Published

on

Amerika Syarikat sedia ruang jantina tambahan buat transgender dalam rekod Keselamatan Sosial
  • Pentadbiran Keselamatan Sosial Amerika Syarikat (AS) membenarkan rakyat memilih jantina lain dalam rekod Keselamatan Sosial mereka.
  • Mereka tidak lagi perlu membuktikan jantina mereka melalui rekod perubatan dan undang-undang.
  • Ia merupakan usaha Presiden Joe Biden untuk lebih menerima golongan transgender di negara itu.
  • Sebagai sebahagian usaha itu, Jabatan Negara mula membenarkan warga AS memilih “X” sebagai penanda jantina mereka dalam permohonan pasport pada April. 
  • Jabatan Keselamatan Dalam Negeri pula meletakkan pilihan “jantina lain” untuk proses permohonan TSA PreCheck pada Julai.

Rakyat Amerika Syarikat (AS) kini boleh memilih penanda jantina dalam rekod Keselamatan Sosial mereka, demikian umum Pentadbiran Keselamatan Sosial AS pada Rabu lalu. 

Ini adalah langkah terbaharu dalam usaha pentadbiran Presiden Joe Biden untuk lebih menerima kelompok transgender di negara itu.

Warga AS masih perlu menunjukkan dokumen identiti mereka, tetapi tidak perlu lagi menyediakan rekod perubatan atau undang-undang untuk membuktikan jantina mereka, kata agensi itu dalam laporan CNN.

“Pelan Tindakan Ekuiti Pentadbiran Keselamatan Sosial merangkumi komitmen mengurangi beban pentadbiran dan memastikan orang dikenal pasti sebagai pelbagai jantina atau transgender mempunyai pilihan dalam proses permohonan kad nombor Keselamatan Sosial,” kata pemangku pesuruhjaya, Kilolo Kijakazi.

Menurut lembaran fakta Rumah Putih yang dikeluarkan Mac lalu, langkah itu sebahagian usaha Biden untuk memudahkan golongan transgender mengakses perkhidmatan kerajaan dan meningkatkan keterlihatan mereka dalam data. 

Langkah itu akan meningkatkan pengalaman kelompok terbabit mengakses faedah persaraan, mendapat penjagaan kesihatan dan memohon pekerjaan.

Sebagai sebahagian usaha itu, Jabatan Negara mula membenarkan warga AS memilih “X” sebagai penanda jantina mereka dalam permohonan pasport pada April. 

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri pula meletakkan pilihan “jantina lain” untuk proses permohonan TSA PreCheck pada Julai.

Pentadbiran Keselamatan Sosial juga akan menerima penetapan jantina yang ditentukan sendiri walaupun ia berbeza daripada jantina disenaraikan pada dokumen pengenalan lain seperti pasport atau lesen memandu yang dikeluarkan kerajaan.

Sumber: CNN

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending