Connect with us

Antarabangsa

42,000 kanak-kanak di Amerika Syarikat alami masalah kecelaruan jantina, ribuan pilih tukar alat kelamin

Dalam tempoh tiga tahun yang berakhir pada 2021, sekurang-kurangnya 776 pembedahan mastektomi dilakukan di Amerika Syarikat ke atas pesakit berumur 13 hingga 17 tahun dengan diagnosis disforia jantina.

Wartawan TMT

Published

on

42,000 kanak-kanak di Amerika Syarikat alami masalah kecelaruan jantina, ribuan pilih tukar alat kelamin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Akses rawatan untuk masalah kecelaruan jantina meningkat, seiring peningkatan kanak-kanak yang mengaku mempunyai jantina yang berlainan dengan jantina kelahiran mereka di Amerika Syarikat (AS).
  • Lebih 42,000 kanak-kanak dan remaja mempunyai masalah kecelaruan jantina pada 2021.
  • Sekurang-kurangnya 4,780 remaja mula mengambil ubat penghalang akil baligh dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
  • Sekurang-kurangnya 14,726 kanak-kanak di bawah umur memulakan rawatan hormon dengan diagnosis disforia jantina dari 2017 hingga 2021.
  • Pakar mengesahkan bahawa rawatan hormon boleh menyebabkan seorang remaja tidak subur, terutamanya jika kanak-kanak itu mengambil penghalang akil baligh pada usia awal.

Dalam tempoh tiga tahun yang berakhir pada 2021, sekurang-kurangnya 776 pembedahan mastektomi dilakukan di Amerika Syarikat ke atas pesakit berumur 13 hingga 17 tahun dengan diagnosis disforia jantina.

Ribuan kanak-kanak di Amerika Syarikat (A.S) kini dikenalpasti secara terbuka sebagai ‘jantina berbeza’ dari jantina ketika mereka lahir. 

Jumlah kelompok ini terus meningkat seiring dengan peningkatan pengiktirafan identiti dan hak transgender, meskipun mereka berdepan prasangka dan diskriminasi berterusan.

Memandangkan bilangan kanak-kanak transgender meningkat, begitu juga dengan akses kepada penjagaan yang mengesahkan jantina, majoritinya disediakan di klinik-klinik hospital utama.

Kerjasama Reuters dengan syarikat teknologi kesihatan Komodo Health Inc memperoleh data remaja menerima rawatan ini.

Pada 2021, kira-kira 42,000 kanak-kanak dan remaja di AS didiagnosis dengan masalah disforia jantina (kecelaruan jantina), hampir tiga kali ganda jumlahnya berbanding 2017. 

Disforia jantina ditakrifkan sebagai kecelaruan yang disebabkan oleh percanggahan antara identiti jantina fizikal kelahiran mereka dan identiti jantina batin mereka. 

Sebilangan kecil daripada mereka yang didiagnosis memilih untuk menerima rawatan perubatan bagi menyatakan identiti jantina mereka dan membantu mengurangkan keresahan mereka. 

Rawatan ini biasanya tidak bermula selagi kanak-kanak tidak mencapai akil baligh, sekitar usia 10 hingga 11 tahun. 

Salah satu pilihan rawatan bagi kanak-kanak di peringkat usia ini ialah ubat penghalang akil baligh, yang menyekat pembebasan hormon seks testosteron dan estrogen. Ia diberikan sebagai suntikan, biasanya setiap beberapa bulan, atau melalui implan di bawah kulit lengan atas.

Ubat ini memang menerima kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat AS tetapi bukan untuk kegunaan merawat disforia jantina. Ia hanya untuk merawat kanser prostat, endometriosis dan akil baligh pramatang.

Meskipun penggunaan luar label ubat ini dalam penjagaan disforian jantina ini dikira sah, ia masih tiada sokongan ujian klinikal untuk memastikan keselamatan untuk rawatan sedemikian.

Dalam tempoh lima tahun lalu, sekurang-kurangnya 4,780 remaja mula menggunakan ubat penghalang akil baligh dan mempunyai diagnosis disforia jantina sebelum ini.

Bagaimanapun jumlah ini dan lain-lain dalam analisis Komodo berkemungkinan kurang tepat kerana ia tidak termasuk rawatan tidak dilindungi insurans dan terhad kepada pesakit pediatrik dengan diagnosis disforia jantina. Pengamal perubatan mungkin tidak mencatatkan diagnosis ini ketika menetapkan rawatan.

Selepas menyekat akil baligh, kanak-kanak mungkin menjalani rawatan hormon untuk memulakan akil baligh yang sejajar dengan identiti jantina pilihan mereka. 

Mereka sudah menerima rawatan menghalang akil baligh atau yang tidak mahu rawatan tersebut juga boleh meneruskan terapi hormon.

Data Komodo juga mendapati 14,726 kanak-kanak di bawah umur memulakan rawatan hormon dengan diagnosis disforia jantina dari 2017 hingga 2021.

Hormon diambil dalam pelbagai cara, samada suntikan, pil, tampalan dan gel. Sesetengah kanak-kanak di bawah umur akan terus mengambil hormon selama bertahun-tahun sehingga dewasa, atau sehingga  mereka mencapai ciri fizikal yang mereka inginkan.

Bagaimanapun, pakar mengesahkan bahawa rawatan hormon boleh menyebabkan seorang remaja tidak subur, terutamanya jika kanak-kanak itu juga mengambil penghalang akil baligh pada usia awal.

Langkah terakhir dalam rawatan ini adalah pembedahan, namun ia jarang berlaku pada pesakit di bawah umur 18 tahun. 

Sesetengah hospital kanak-kanak dan klinik jantina tidak menawarkan pembedahan kepada kanak-kanak di bawah umur, memandangkan ia memerlukan mereka menjadi dewasa sebelum memutuskan prosedur yang tidak boleh dipulihkan dan membawa meningkatkan risiko komplikasi.

Analisis Komodo terhadap tuntutan insurans mendapati 56 pembedahan kemaluan dalam kalangan pesakit berumur 13 hingga 17 tahun dengan diagnosis disforia jantina dari tahun 2019 hingga 2021. 

Pembedahan buang payudara pula merupakan pembedahan yang paling banyak dilakukan dalam kalangan remaja. Dalam tempoh tiga tahun yang berakhir pada 2021, sekurang-kurangnya 776 pembedahan mastektomi dilakukan di AS ke atas pesakit berumur 13 hingga 17 tahun dengan diagnosis disforia jantina. Jumlah ini tidak termasuk prosedur yang dibayar sendiri.

Sumber: Reuters

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

“Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas” – Protes Jordan

Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel.
  • Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.
  • TRT melaporkan penunjuk perasaan pada Khamis di kawasan kejiranan Rabieh di Amman membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan, “Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas”.
  • “Tiada kedutaan zionis di tanah Jordan” juga antara slogan penunjuk perasaan, menuntut pihak berkuasa menutup kedutaan itu dan menamatkan perjanjian damai 1994 yang menormalisasikan hubungan dengan Israel.
  • Al Jazeera pula melaporkan bantahan terhadap Israel atas perangannya ke atas wilayah Gaza mempamerkan antara bantahan terbesar kemarahan orang awam yang pernah dilihat di Jordan.

Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.

TRT melaporkan penunjuk perasaan pada Khamis di kawasan kejiranan Rabieh di Amman membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan, “Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas”.

“Tiada kedutaan zionis di tanah Jordan” juga antara slogan penunjuk perasaan, menuntut pihak berkuasa menutup kedutaan itu dan menamatkan perjanjian damai 1994 yang menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Ada plakad tertulis “Amman-Gaza satu takdir”, manakala poster lain pula menggambarkan jurucakap bertopeng pejuang Hamas, Abu Obaida yang menjadi wira masyarakat dunia Arab.

Kedutaan Israel, di mana penunjuk perasaan telah berkumpul selama lima hari berturut-turut telah lama menjadi tempat tumpuan bilamana meningkatnya keganasan di antara Palestin dan Israel.

Al Jazeera melaporkan bantahan terhadap Israel atas perangannya ke atas wilayah Gaza mempamerkan antara bantahan terbesar kemarahan orang awam yang pernah dilihat di Jordan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending