Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Tulis buku anti-Islam, Ahli Parlimen Belanda dapat hidayah masuk Islam

Seorang Ahli Parlimen Belanda yang juga bekas ahli politik dari parti berhaluan kanan anti-Islam, Geert Wilders mengumumkan memeluk Islam ketika dalam proses menulis sebuah buku anti-Islam.

Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] Tulis buku anti-Islam, Ahli Parlimen Belanda dapat hidayah masuk Islam
Foto: Geert Wilders.
  • Seorang Ahli Parlimen Belanda yang juga bekas ahli politik dari parti berhaluan kanan anti-Islam, Geert Wilders mengumumkan memeluk Islam ketika dalam proses menulis sebuah buku anti-Islam.
  • Joram van Klaveren dikenali sebagai seorang anti-Islam dan sering mengecam Islam sebagai “pembohongan” dan mendakwa “Al-Quran adalah racun” semasa beliau menjadi ahli politik untuk Freedom Party (PVV).
  • “Semasa menulis buku itu, saya menemui lebih banyak perkara yang menggoyahkan pandangan (negatif) saya terhadap Islam,” kata ahli politik itu.
  • Buku Klaveren, yang sepatutnya menjadi buku anti-Islam, kini bertajuk Apostate: From Christianity to Islam in the Time of Secular Terror (Murtad: Dari Kristian kepada Islam dalam era keganasan sekular).

Seorang Ahli Parlimen Belanda yang juga bekas ahli politik dari parti berhaluan kanan anti-Islam, Geert Wilders mengumumkan memeluk Islam ketika dalam proses menulis sebuah buku anti-Islam.

Joram van Klaveren dikenali sebagai seorang anti-Islam dan sering mengecam Islam sebagai “pembohongan” dan mendakwa “Al-Quran adalah racun” semasa beliau menjadi ahli politik untuk Freedom Party (PVV).

Lelaki itu yang kini berusia 43 tahun memeluk Islam ketika dia dalam proses menyiapkan sebuah buku yang dikatakan bakal menjadi buku anti Islam.

“Semasa menulis buku itu, saya menemui lebih banyak perkara yang menggoyahkan pandangan (negatif) saya terhadap Islam,” katanya ketika dalam temubual Dutch TV dipetik The Independent dalam laporannya pada 2019. 

Dalam temubual dengan akhbar Belanda NRC, Klaveren berkata, komennya tentang Islam sebelum ini adalah “tidak benar semuanya”.

Advertisement

Buku Klaveren, yang sepatutnya menjadi buku anti-Islam, kini bertajuk Apostate: From Christianity to Islam in the Time of Secular Terror (Murtad: Dari Kristian kepada Islam dalam era keganasan sekular).

Klaveren yang dilaporkan memeluk Islam pada 26 Oktober 2018 pernah menyifatkan Islam sebagai wabak penyakit selain turut mencadangkan pemakaian burqa diharamkan dan masjid dirobohkan.

Sumber: The Independent

Author

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending