Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Sekolah di Kanada pertahan guru transgender pakai payudara palsu ‘luar biasa besar’ dalam kelas

Sebuah sekolah menengah di Kanada mempertahankan tindakan guru lelaki transgender memakai payudara palsu ‘luar biasa besar’ ketika mengajar.

Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] Sekolah di Kanada pertahan guru transgender pakai payudara palsu ‘luar biasa besar’ dalam kelas
Foto: Gambar guru tersebut sewaktu datang dan mengajar di sekolahnya.
  • Kayla Lemieux, yang mengajar subjek pembuatan teknologi di Sekolah Tinggi Oakville Trafalgar di Ontario, menjadi perhatian selepas foto dan videonya yang dirakamkan pelajarnya tular di ruang maya.
  • Dalam video itu, guru transgender itu dilihat memakai sehelai t-shirt yang sangat ketat hingga menyebabkan payudara tiruannya menonjol dan dipadankan dengan skirt pendek hitam paras lutut.
  • Difahamkan foto dan video itu dirakamkan tanpa pengetahuan guru transgender itu yang menjalani peralihan dari lelaki kepada wanita bermula tahun lalu.
  • Sekolah terbabit mengeluarkan kenyataan mempertahankan guru lelaki transgender itu berbuat demikian.

Sebuah sekolah menengah di Kanada mempertahankan tindakan guru lelaki transgender memakai payudara palsu ‘luar biasa besar’ ketika mengajar.

Kayla Lemieux, yang mengajar subjek pembuatan teknologi di Sekolah Tinggi Oakville Trafalgar di Ontario, menjadi perhatian selepas foto dan videonya yang dirakamkan pelajarnya tular di ruang maya.

Dalam video itu, guru transgender itu dilihat memakai sehelai t-shirt yang sangat ketat hingga menyebabkan payudara tiruannya menonjol dan dipadankan dengan skirt pendek hitam paras lutut.

Difahamkan foto dan video itu dirakamkan tanpa pengetahuan guru transgender itu yang menjalani peralihan dari lelaki kepada wanita bermula tahun lalu.

“Sebagai sebuah sekolah di bawah bidang kuasa Lembaga Sekolah Daerah Halton (HDSB), Sekolah Tinggi Oakville Trafalgar mengiktiraf hak pelajar, kakitangan, ibu bapa/penjaga dan ahli komuniti terhadap layanan saksama tanpa diskriminasi berdasarkan identiti jantina dan ekspresi jantina.

‘Kami berusaha untuk menggalakkan persekitaran pembelajaran yang positif di sekolah selaras dengan nilai HDSB dan memastikan persekitaran selamat dan inklusif untuk semua pelajar, kakitangan dan komuniti, tanpa mengira bangsa, umur, kebolehan, jantina, identiti jantina, ekspresi jantina, orientasi seksual, etnik, agama, pematuhan budaya, keadaan sosioekonomi atau jenis/saiz badan,” kata sekolah terbabit dalam kenyataannya kepada ibu bapa pelajar.

Ekoran penyebaran video guru transgender itu, majoriti netizen berkata imej guru itu tidak sesuai untuk sekolah. 

Sebahagian menyifatkan tindakan itu sebagai ‘misogynistic’ iaitu diskirminasi ke atas wanita.

Sumber : Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending