Connect with us

Terkini

UMNO,PAS, BERSATU patut bergabung – Musa Hitam

Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menegaskan tiga parti utama berteraskan Melayu dan Islam di negara ini iaitu UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepatutnya bergabung.

Wartawan TMT

Published

on

UMNO,PAS, BERSATU patut bergabung - Musa Hitam
Foto: Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam, gambar kecil dari kiri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang dan Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin.
  • Pegangan ketuanan Melayu masih wujud di Malaysia disebabkan orang Melayu masih taksub dengannya.
  • Ketuanan Melayu wujud semasa negara disebut Tanah Melayu dan selepas negara mencapai kemerdekaan, pegangan itu sepatutnya sudah bertukar.
  • “Lepas merdeka, kita (negara) bukan dibentuk oleh kumpulan Melayu sahaja. Namun kalau kita mahu lihat siapa wakili Melayu, mereka ialah UMNO. Melayu dengan UMNO cukup sinonim dan siapa pun tak boleh cabar.
  • “Namun sekarang, Melayu tidak bersatu lagi jadi soal ini harus diteliti iaitu bagaimana kita nak menjaga kepentingan Melayu.” – Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam.
  • Tiga parti utama berteraskan Melayu dan Islam iaitu UMNO, PAS dan Bersatu sepatutnya bergabung lalu berhadapan PKR dan DAP yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berjaya menarik sokongan dan keahlian orang muda Melayu.

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menegaskan tiga parti utama berteraskan Melayu dan Islam di negara ini iaitu UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepatutnya bergabung.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, selepas bergabung ketiga-tiga parti itu juga perlu memperluaskan ideologi perjuangan mereka bagi menarik sokongan majoriti rakyat.

“UMNO kata mereka parti Melayu dan Islam. Pas pun sama dan terbaru Bersatu pun berpendirian sama. Kalaulah tiga parti ini boleh bersama, mereka boleh wujudkan satu ‘simple solid group’.

“Pada masa sama gabungan ini harus beri jaminan kepada bangsa dan agama lain bahawa golongan berkenaan akan diberi kebebasan dan dilindungi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sembang Kopi bertajuk ‘Melayu: Membina Penyatuan dan Menyuburkan Integriti’ yang dikendalikan moderator, Tan Sri Johan Jaaffar anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) di Hotel Grand Barakah, Ampang, di sini, pada petang Sabtu.

Musa menjelaskan, tiga parti tersebut perlu kuat kerana mereka perlu berhadapan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berjaya menarik sokongan dan keahlian orang muda Melayu.

“Saya nak beritahu secara terus terang, semasa pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang lancar buku beliau sebelum ini, saya hadir dan anehnya bila masuk ke dewan saya nampak ramai yang bertudung (anak-anak Melayu yang datang).

“Mereka adalah penyokong dan ahli DAP sebab DAP serta PKR ini saya lihat ideologi mereka lebih luas dari ideologi Melayu dan Islam semata-mata,” ujarnya.

Sementara itu, Musa berkata, pegangan ketuanan Melayu masih wujud hingga kini di Malaysia disebabkan orang Melayu masih taksub dengannya.

Menurutnya, ketuanan Melayu wujud semasa negara disebut sebagai Tanah Melayu dan selepas negara mencapai kemerdekaan, pegangan itu sepatutnya sudah bertukar.

“Lepas merdeka, kita (negara) bukan dibentuk oleh kumpulan Melayu sahaja. Namun kalau kita mahu lihat siapa yang wakili Melayu, mereka ialah UMNO. Melayu dengan UMNO cukup sinonim dan siapa pun tak boleh cabar.

“Namun sekarang, Melayu tidak bersatu lagi jadi soal ini harus diteliti iaitu bagaimana kita nak menjaga kepentingan Melayu,” jelas beliau.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending