Terkini
Ujian saringan HIV tidak membazir! – Profesor Rafidah Hanim Mokhtar
“Saya tidak bersetuju jika saringan HIV dikatakan membazir sedangkan kos tersebut hendak disalurkan kepada mereka yang mengamalkan homoseksualiti.”

- “Saya tidak bersetuju jika saringan HIV dikatakan membazir sedangkan kos tersebut hendak disalurkan kepada mereka yang mengamalkan homoseksualiti.”
- Wujud tuntutan untuk homoseksualiti (walaupun HIV negatif) turut diberikan subsidi kerajaan bagi mendapat ubat anti-HIV kerana amalan mereka.
- Ubat anti-HIV hanya diberi kerajaan kepada mereka yang positif HIV.
- Prof Adeeba sewajarnya sokong kaedah mencegah seks anal pengamal homoseksual iaitu mencegah lebih baik dari merawat dan Maqasid Syariah.
- Saringan HIV beri mesej besar kepada pasangan pengantin agar menjauhi gaya hidup berisiko tinggi.
KUALA LUMPUR – “Saya tidak bersetuju jika saringan HIV dikatakan membazir sedangkan kos tersebut hendak disalurkan kepada mereka yang mengamalkan homoseksualiti.”
Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata demikian berikutan, wujud tuntutan untuk mereka yang mengamalkan homoseksualiti (walaupun HIV negatif) turut diberikan subsidi kerajaan bagi mendapatkan ubat anti-HIV kerana amalan mereka.
Tambahnya, ubat anti-HIV hanya diberi oleh kerajaan kepada mereka yang positif HIV dan beliau tiada masalah tentang itu.
Sebelum ini, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman ada mendakwa bahawa ujian saringan HIV pra-perkahwinan mandatori dijalankan di Malaysia satu pembaziran dana kesihatan awam sebaliknya usaha hapuskan HIV perlu ditumpukan kepada golongan berisiko seperti pekerja seks, MSM dan individu yang menyuntik dadah (PWID).
Mengulas berkenaan kenyataan itu, Dr Rafidah sebaliknya bersetuju dengan kenyataan balas daripada Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menjelaskan bahawa ujian saringan HIV pra-perkahwinan menjadi kemestian jika ia telah diputuskan oleh pihak pemerintah atau badan berautoriti.
Ini berikutan, ketetapan tersebut seiring dengan Maqasid Syar’iyyah yang kelima iaitu menjaga keturunan. Menurutnya, menutup sesuatu kemudaratan sebelum berlakunya mudarat adalah lebih baik daripada mengubatinya. Ia penting bagi memelihara agama dan keturunan.
Dr Rafidah berkata, “Saringan HIV memberi mesej yang besar kepada pasangan pengantin agar menjauhi gaya hidup berisiko tinggi. Kadar kurang satu peratus yang disaring positif HIV adalah data yang penting untuk kita faham dan bandingkan dengan kadar positif dalam kumpulan berisiko tinggi.”
Justeru, katanya Prof Adeeba sewajarnya menyokong kaedah mencegah seks anal dalam kalangan pengamal homoseksual yang bertepatan dengan dua kaedah iaitu mencegah lebih baik dari merawat (prevention is better than cure) dan Maqasid Syariah.
Di Malaysia, hanya pasangan Muslim yang wajib menjalani ujian saringan HIV Pra Perkahwinan. Bagi pasangan daripada agama lain, mereka digalakkan untuk menjalani ujian saringan HIV ini.
Sumber : Facebook Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar
