Antarabangsa
Ujian saringan HIV pra-perkahwinan adalah satu pembaziran – Prof Dr Adeeba Kamarulzaman
Ujian saringan HIV pra-perkahwinan mandatori adalah pembaziran kepada dana kesihatan awam kerana hasil positifnya yang boleh diabaikan kurang daripada satu peratus, kata pakar penyakit berjangkit Prof Dr Adeeba Kamarulzaman.

- Pakar penyakit berjangkit, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman berpandangan ujian saringan HIV pra-perkahwinan mandatori adalah pembaziran kepada dana kesihatan awam kerana hasil positifnya yang boleh diabaikan kurang daripada satu peratus
- Sebaliknya, beliau berkata usaha menghapuskan penyakit HIV perlu difokuskan kepada golongan berisiko dikenalpasti seperti pekerja seks, lelaki melakukan seks sejenis (MSM) dan individu yang menyuntik dadah (PWID).
- Usaha harus ditumpukan supaya golongan itu membuat ujian kendiri melalui platform Jom Test.
- Hasil satu kajian mendapati sebahagian peserta, termasuk pemimpin agama, wakil KKM dan orang yang hidup dengan HIV (PLHIV) menyokong sepenuhnya ujian saringan HIV pra-perkahwinan dijalankan.
MONTREAL – Ujian saringan HIV pra-perkahwinan mandatori adalah pembaziran kepada dana kesihatan awam kerana hasil positifnya yang boleh diabaikan kurang daripada satu peratus, kata pakar penyakit berjangkit Prof Dr Adeeba Kamarulzaman.
Ini berikutan penularan wabak epidemik HIV yang ‘tertumpu’ di Malaysia majoritinya berlaku dalam kalangan kumpulan jelas seperti pekerja seks, lelaki melakukan seks sejenis (MSM) dan individu yang menyuntik dadah (PWID).
Dr Adeeba berkata usaha untuk menghapuskan penyakit itu harus difokuskan kepada golongan berisiko di mana mereka perlu membuat ujian kendiri.
“Ianya tidak kos efektif,” kata Dr Adeeba, yang juga doktor penyakit berjangkit dari Universiti Malaya, kepada portal Code Blue dalam satu temubual pada Ogos lalu sempena Persidangan AIDS Antarabangsa ke-24 (AIDS 2022) di Montreal.
“Jika itu benar-benar berlaku (dana kesihatan awam terhad), kita harus benar-benar meletakkan semua usaha kita ke dalam ujian kendiri untuk orang berisiko seperti MSM. Lakukan lebih banyak jangkauan komuniti untuk menyedarkan mereka tentang platform ini (Jom Test) supaya mereka boleh memesan dalam talian, melakukan ujian di rumah, disokong kaunselor dalam talian, didedahkan tentang penjagaan dan rawatan, dan jika mereka berisiko tinggi hubungkan kepada profilaksis pra-pendedahan HIV (PrEP).
“Dan bagi orang suntik dadah, kita dah ada klinik methadone, jadi jika kita menyepadukan usaha itu, jika mereka datang ke klinik untuk methadone dan positif HIV, maka berikan mereka rawatan,” kata Dr Adeeba sambil menegaskan ujian HIV antenatal harus dikekalkan.
Johor merupakan negeri pertama memperkenalkan saringan HIV sebelum berkahwin untuk pasangan Islam pada 2001 diikuti negeri-negeri lain.
Menjelang Januari 2009, pasangan Islam di seluruh negara dikehendaki menjalani ujian saringan HIV sebelum berkahwin.
Kajian tiga tahun pertama program saringan HIV sebelum berkahwin di Johor mendapati 123 kes HIV baharu dikesan (0.17 peratus) daripada 74,210 responden iaitu lebih tinggi daripada kadar saringan antenatal (0.05 peratus) dalam tempoh sama.
Walaupun wujud keraguan masyarakat antarabangsa mengenai ujian saringan HIV pra-perkahwinan, satu kajian dijalankan bagi mendapatkan pandangan pihak berkepentingan menunjukkan sebahagian peserta, termasuk pemimpin agama, wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan orang yang hidup dengan HIV (PLHIV) menyokong sepenuhnya ujian itu dijalankan di Malaysia.
Saringan HIV sebelum berkahwin, menggunakan kit ujian pantas dengan yuran pendaftaran RM1, boleh didapati secara percuma di klinik kesihatan kerajaan, demikian menurut laman web MyHealth KKM.
Keputusan ujian tersedia dalam tempoh lima hingga 20 minit. Jika ujian itu reaktif, maka ujian pengesahan HIV akan dilakukan.
Sumber : Code Blue
Antarabangsa
Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

- Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
- Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
- Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
- “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
- “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.
Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.
Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.
Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.
Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.
Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.
Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel