Connect with us

Antarabangsa

UFO di langit?

Satu kumpulan cahaya misteri telah dikesan pada malam Khamis lalu di utara Austin Texas, Amerika Syarikat (AS).

Wartawan TMT

Published

on

UFO di langit?
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu kumpulan cahaya misteri dikesan di utara Austin Texas, Amerika Syarikat
  • Rakaman cahaya misteri itu dihantar ke laman berita FOX 7 oleh Gus McGiven.
  • Gus menyatakan dia berhampiran Cat Hallow di Round Rock ketika merakamkan kejadian itu.
  • Seorang lagi penduduk, Emily White juga menyaksikan kejadian itu.
  • “Saya perlu mengatakan bahawa tiada makhluk luar angkasa yang terlibat dengan kejadian ini,” kata seorang pakar dron, Gene Robinson.

TEXAS – Satu kumpulan cahaya misteri telah dikesan pada malam Khamis lalu di utara Austin Texas, Amerika Syarikat (AS).

Rakaman tentang cahaya misteri itu dihantar ke laman berita FOX 7 oleh seorang penduduk, Gus McGiven.

Dia keluar berjalan dengan rakannya, Kyle Gomez berhampiran Cat Hallow di Round Rock ketika mereka menyaksikan kumpulan cahaya misteri tersebut.

“Dalam kehidupan sebenar apabila anda melihatnya, ia jauh lebih cerah daripada yang sebenarnya,” kata Kyle Gomez seperti dilaporkan Fox 7.

Seorang lagi penduduk, Emily White berkata, dia dan seorang rakan berada berhampiran Brushy Creek, berhampiran dengan Taman Cedar juga merakamkan kumpulan cahaya tersebut

“Ia memukau, secara jujur. Ia sangat senyap kerana jika ia adalah satu (kumpulan) cahaya, maka saya mungkin akan berfikir (ia) adalah helikopter, kapal terbang atau sesuatu seperti itu,” kata White.

Bagaimanapun, kumpulan cahaya misteri itu kemungkinan sejenis pesawat tanpa pemandu atau UAV.

“Saya perlu mengatakan bahawa tiada makhluk luar angkasa yang terlibat dengan kejadian ini,” kata seorang pakar dron, Gene Robinson.

Robinson yang tinggal di Wimberley dan melatih juruterbang dron dan menerbangkan beberapa jenis platform UAV telah meneliti video yang dihantar kepada Fox 7.

“Pandangan awal saya mengenai perkara ini ialah kemungkinan besar ia adalah fenomena berasaskan dron,” kata Robinson.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending