Connect with us

Terkini

Trend pornografi kanak-kanak, hukuman lebih tegas perlu dipinda segera!

Parti Bangsa Malaysia (PBM) menggesa kerajaan menggubal atau meminda hukuman lebih tegas terhadap individu yang terlibat dengan perbuatan menonton atau penyebaran bahan pornografi kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Trend pornografi kanak-kanak, hukuman lebih tegas perlu dipinda segera!
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bangsa Malaysia gesa kerajaan gubal atau pinda hukuman lebih tegas terhadap individu yang menonton atau penyebaran bahan pornografi kanak-kanak.
  • Kanak-kanak golongan paling terdedah dan segala usaha harus diambil bagi melindungi mereka. 
  • Pornografi kanak-kanak menyebabkan; ketagihan seks, agresif dan tekanan kepada diri.
  • Setiap saat, lebih 30,000 pengguna internet melayari laman pornografi, manakala 68 juta pengguna melakukan carian bahan-bahan lucah setiap hari.
  • Pornografi di internet sangat mudah diakses, murah dan identiti penggunanya tidak terdedah.
  • Kerajaan diminta perkasakan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) serta Unit Siasatan Jenayah Terhadap Kanak-Kanak (MICAC) bagi membendung jenayah lebih berkesan.

SHAH ALAM- Parti Bangsa Malaysia (PBM) menggesa kerajaan menggubal atau meminda hukuman lebih tegas terhadap individu yang terlibat dengan perbuatan menonton atau penyebaran bahan pornografi kanak-kanak.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Ketua pemudanya, Naim Brundage berkata, hal ini kerana menerusi dapatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 106,764 alamat Protokol Internet (IP) yang berdaftar di negara ini terlibat dengan perkongsian bahan lucah melibatkan warga tersebut.

Jelasnya, hal ini adalah sesuatu perkara yang membimbangkan serta memerlukan tindakan pantas daripada kerajaan dalam menanganinya.

“Seperti semua tahu, kanak-kanak adalah antara golongan yang paling terdedah, sekali gus segala usaha harus diambil bagi melindungi mereka.

“Usaha ini pula memerlukan penglibatan semua pihak, daripada ibu bapa, guru-guru sehinggalah agensi penguatkuasa.

“Mungkin tidak semua tahu bahawa pornografi kanak-kanak boleh mendorong kepada pelbagai masalah lain, termasuk ketagihan seks yang akan meletakkan setiap kanak-kanak dalam bahaya,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Ujar Naim, perbuatan tersebut juga boleh mewujudkan kelakuan negatif lain seperti sikap agresif dan juga tekanan kepada diri.

Beliau juga turut mengulas bahawa dengan ledakan teknologi terkini di alam maya terdapat sekurang-kurangnya 500,000 laman sesawang dan 370 juta laman yang menyebarkan bahan tersebut.

“Ada laporan mendapati pada setiap saat, lebih 30,000 pengguna internet melayari laman pornografi, manakala 68 juta pengguna lagi melakukan carian bahan-bahan lucah setiap hari.

“Pornografi di internet sangat mudah diakses, murah dan identiti penggunanya tidak terdedah kerana terlindung di sebalik media-media sosial, e-mel dan aplikasi mudah alih. Tidak dinafikan manfaat daripada internet terlalu banyak, namun begitu juga dengan elemen-elemen negatifnya,” katanya.

Pada masa yang sama, Naim juga meminta supaya kerajaan memperkasakan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) serta Unit Siasatan Jenayah Terhadap Kanak-Kanak (MICAC) bagi membendung jenayah ini dengan lebih berkesan.

“Kita perlu bertindak sebelum terlambat kerana berdasarkan maklumat diperoleh D11, aktiviti melayari internet, termasuk memuat naik dan memuat turun bahan pornografi kanak-kanak di negara ini semakin meningkat saban tahun. Perkembangan ini sememangnya trend yang sangat membimbangkan,” tegasnya.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending