Connect with us

Terkini

Tiga penghuni rumah kebajikan nampak Siti Bainun dera Bella – Saksi

Rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa tiga penghuni rumah kebajikan itu nampak Siti Bainun Ahd Razali mendera remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella di sebuah unit kondominium tahun lepas.

Wartawan TMT

Published

on

Tiga penghuni rumah kebajikan nampak Siti Bainun dera Bella - Saksi
Foto: Siti Bainun.
  • Tiga penghuni rumah kebajikan itu nampak Siti Bainun Ahd Razali mendera Bella di sebuah unit kondominium tahun lepas selain daripada Yasmin Nahar Mahmood.
  • Mereka ialah ‘Eyna, Aida dan Balqis’ yang tinggal bersama Siti Bainun dan Bella semasa kejadian itu berlaku.
  • Ia dinyatakan oleh saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin di Mahkamah Sesyen hari ini.
  • Zurianty berkata beliau mengenali aktivis, Mona Din dan pernah berkomunikasi buat kali pertama di Facebook.
  • Beliau terkejut video kecederaan Bella ditularkan aktivis itu di Facebook dan beliau tidak pernah memberikan video berkenaan kepada Mona Din serta tidak menyokong tindakan wanita itu menularkan kes tersebut di media sosial.
  • Bagaimanapun, Zurianty mengakui ada memasukkan hantaran terkait kes Bella di Facebook miliknya.

KUALA LUMPUR – Rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa tiga penghuni rumah kebajikan itu nampak Siti Bainun Ahd Razali mendera remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella di sebuah unit kondominium tahun lepas.

Pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin, 39, berkata, mereka ialah ‘Eyna, Aida dan Balqis’ yang tinggal bersama Siti Bainun dan Bella semasa kejadian itu berlaku.

Saksi pendakwaan pertama itu, yang dipanggil semula untuk memberi keterangan berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun tersebut.

Mohammad Farhan: Selain Yasmin (Yasmin Nahar Mahmood) dalam pengetahuan anda, tidak ada seorang pun yang pernah nampak Siti Bainun mendera Bella.

Zurianty: Tidak setuju.

Mohammad Farhan: Maksudnya, puan tahu wujudnya individu lain selain Yasmin yang nampak Siti Bainun mendera Bella.

Zurianty: Ya

Yasmin dalam keterangan sebelum ini memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau nampak Siti Bainun telah mendera Bella setiap hari sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

Menjawab soalan seorang lagi peguam Siti Bainun, Nurul Hafidzah Hassan, saksi berkata beliau mengenali aktivis bernama Mona Din dan pernah berkomunikasi dengan wanita itu buat kali pertama di Facebook.

Zurianty berkata, beliau terkejut video kecederaan Bella ditularkan oleh aktivis berkenaan di Facebook dan beliau tidak pernah memberikan video berkenaan kepada Mona Din serta tidak menyokong tindakan wanita itu menularkan kes tersebut di media sosial.

Bagaimanapun, Zurianty mengakui beliau ada memasukkan hantaran berkenaan kes Bella di Facebook miliknya.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok. 

Sumber : Bernama

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending