Connect with us

Antarabangsa

Penggubal undang-undang Russia cadang pindaan sekat promosi hubungan songsang dewasa

Penggubal undang-undang Russia mencadangkan untuk melanjutkan ‘larangan terhadap promosi hubungan seksual songsang kepada golongan bawah umur’ bagi memasukkan ‘orang dewasa’ dalam larangan terbabit, demikian menurut seorang penggubal undang-undang kanan pada Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Penggubal undang-undang Russia cadang pindaan sekat promosi hubungan songsang dewasa
Foto: Seorang peserta ditahan polis semasa perhimpunan LGBT di Saint Petersburg, Russia. Sumber Reuters.
  • Penggubal undang-undang Russia mencadangkan untuk melanjutkan ‘larangan terhadap promosi hubungan seksual songsang kepada golongan bawah umur’ bagi memasukkan ‘orang dewasa’ dalam larangan terbabit.
  • Undang-undang “propaganda gay” sedia ada yang diluluskan di Russia sejak 2013, digunakan pihak berkuasa bagi menghalang perarakan gay dan menahan aktivis hak asasi gay.
  • Pihak berkuasa mempertahankan nilai moral yang kian tercemar oleh nilai liberal yang dipromosikan Barat.
  • Melalui cadangan pindaan undang-undang itu, sebarang keadaan atau perbuatan yang dianggap sebagai percubaan menggalakkan homoseksualiti, boleh dikenakan denda.

LONDON – Penggubal undang-undang Russia mencadangkan untuk melanjutkan ‘larangan terhadap promosi hubungan seksual songsang kepada golongan bawah umur’ bagi memasukkan ‘orang dewasa’ dalam larangan terbabit, demikian menurut seorang penggubal undang-undang kanan pada Isnin lalu.

Undang-undang “propaganda gay” sedia ada yang diluluskan di Russia sejak 2013, digunakan pihak berkuasa bagi menghalang perarakan gay dan menahan aktivis hak asasi gay.

Pihak berkuasa menegaskan mereka mempertahankan nilai moral yang kian tercemar oleh nilai liberal dipromosikan Barat. Aktivis hak asasi manusia bagaimanapun menganggap undang-undang itu digunakan bagi menakutkan komuniti LGBT di Russia.

Terkandung dalam cadangan pindaan undang-undang itu ialah sebarang keadaan atau perbuatan yang dianggap sebagai percubaan menggalakkan homoseksualiti, boleh dikenakan denda.

“Kami bercadang memanjangkan larangan ke atas propaganda terbabit secara am tanpa mengira usia penonton (luar talian, dalam media, di internet, rangkaian sosial dan langganan platform filem),” kata Ketua Jawatankuasa Maklumat Negeri Duma, Alexander Khinshtein di saluran Telegramnya dipetik agensi berita Reuters.

Speaker Parlimen, Vyacheslav Volodin minggu lalu berkata, sejak Russia keluar dari Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Majlis Eropah selepas menghantar tentera ke Ukraine, mereka kini berkuasa untuk melarang promosi “nilai-nilai bukan tradisional”.

“Tuntutan kebenaran perkahwinan sesama jenis di Russia adalah perkara yang sudah berlalu,” katanya menegaskan “percubaan untuk membawa budaya yang asing kepada masyarakat kita sudah gagal”.

Sumber: Reuters

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending