Connect with us

Antarabangsa

Montana benarkan transgender tukar jantina dalam sijil kelahiran

Selepas berbulan-bulan menentang, Jabatan Kesihatan Montana semalam memutuskan untuk mengikut keputusan hakim dengan membenarkan secara sementara golongan transgender menukar jantina dalam sijil kelahiran mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Montana benarkan transgender tukar jantina dalam sijil kelahiran
Foto: Sumber AP.
  • Jabatan Kesihatan Montana semalam memutuskan untuk mengikut keputusan hakim dengan membenarkan secara sementara golongan transgender menukar jantina dalam sijil kelahiran mereka.
  • Hakim mahkamah daerah mengeluarkan perintah pagi semalam mengatakan pegawai kesihatan membuat “pelanggaran yang disengajakan” terhadap perintahnya berhubung perkara itu yang dikeluarkan pada April lalu.
  • Montana mempunyai peruntukan undang-undang yang menghalang transgender daripada menukar jantina dalam sijil kelahiran mereka melainkan selepas menjalani pembedahan.
  • Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Manusia akhirnya mengeluarkan kenyataan mengatakan ia akan mematuhi perintah itu, walaupun tidak bersetuju dengannya.

MONTANA – Selepas berbulan-bulan menentang, Jabatan Kesihatan Montana semalam memutuskan untuk mengikut keputusan hakim dengan membenarkan secara sementara golongan transgender menukar jantina dalam sijil kelahiran mereka.

Hakim mengeluarkan perintah pagi semalam mengatakan pegawai kesihatan melakukan ā€˜pelanggaran yang disengajakanā€™ terhadap perintahnya, yang mengarahkan pihak terbabit menghentikan sementara penguatkuasaan undang-undang menghalang transgender daripada menukar jantina dalam sijil kelahiran mereka melainkan selepas menjalani pembedahan.

Hakim Mahkamah Daerah, Michael Moses berkata beliau akan segera mempertimbangkan usul penghinaan berdasarkan pelanggaran berterusan perintahnya yang dikeluarkan pada April lalu, yang mana dijelaskannya dalam perintah lisan pada perbicaraan Khamis lalu.Ā 

Agensi berita AP melaporkan, beberapa jam selepas perbicaraan, negeri Republican itu berkata ia tidak akan mematuhi perintah itu dan mengekalkan peraturan yang tidak membenarkan sebarang perubahan pada sijil kelahiran kecuali disebabkan kesilapan perkeranian.

Petang semalam, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Manusia mengeluarkan kenyataan mengatakan ia akan mematuhi perintah itu walaupun tidak bersetuju dengannya.

Semasa perbicaraan Khamis lalu, peguam mewakili negeri terbabit berhujah sekatan terhadap undang-undang itu tidak akan menghalang jabatan kesihatan daripada mengisytiharkan peraturan pentadbiran baharu.

Sumber: AP

Author