Connect with us

Terkini

Manifesto PRU 15 perlu ada elemen hormati Islam sebagai agama persekutuan – Mufti Pulau Pinang

Parti politik di negara ini disarankan memasukkan beberapa elemen penting dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antaranya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Wartawan TMT

Published

on

Manifesto PRU 15 perlu ada elemen hormati Islam sebagai agama persekutuan - Mufti Pulau Pinang
Foto: Sumber Sinar Harian, gambar kecil: Wan Salim.
  • Mufti Pulau Pinang menyarankan untuk memasukkan beberapa elemen penting dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antaranya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. 
  • Manifesto itu diharap dapat memberi kebebasan kepada setiap warganegara untuk memilih dan mengamalkan agama yang dikehendaki.
  • Manifesto itu perlu memasukkan elemen bagi memartabatkan bahasa Melayu termasuk usaha mengembalikan tulisan jawi kepada kedudukannya yang asal di dalam kurikulum pendidikan negara yang formal.
  • Parti politik di negara ini diharap mengambil langkah-langkah bagi mencegah penghinaan terhadap agama kaum di Malaysia.
  • Parti politik di negara ini disarankan supaya tidak mempertikaikan kedudukan Raja-Raja Melayu dan juga tidak mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

GEORGETOWN – Parti politik di negara ini disarankan memasukkan beberapa elemen penting dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antaranya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, selain itu, manifesto tersebut juga diharapkan memberi kebebasan kepada setiap warganegara memilih dan mengamalkan agama yang dikehendaki.

Menurutnya, rakyat mengharapkan parti-parti yang bertanding dalam PRU15 kelak dapat merangka manifesto masing-masing dengan cermat dan berhati-hati supaya ia bersifat praktikal.

“Saya bukan lah seorang ahli politik dan tidak wajar bagi saya mencampuri urusan mana-mana parti politik, namun saya sekadar memperingatkan para pemimpin semua parti tentang beberapa perkara asas dan penting mengikut pandangan saya yang tidak wajar dipinggirkan dalam penyediaan manifesto.

“Ada beberapa perkara yang mesti diberi pertimbangan serius kerana melibatkan elemen-elemen penting bagi mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan warganegara Malaysia berbeza keturunan, agama dan budaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, manifesto bakal dirangka juga wajar mempunyai elemen untuk memartabatkan bahasa Melayu termasuk usaha mengembalikan tulisan jawi kepada kedudukannya yang asal di dalam kurikulum pendidikan negara yang formal.

“Saya juga menyarankan agar parti politik di negara ini supaya tidak mempertikaikan kedudukan Raja-Raja Melayu dan juga tidak mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

“Selain itu, dalam manifesto itu nanti, parti politik perlu meneruskan pendidikan vernakular untuk semua kaum dengan memasukkan subjek tentang latar belakang sejarah penubuhan negara Malaysia dan elemen patriotisme.

“Tidak dilupakan terhadap penekanan dalam pendidikan agama dan pendidikan moral di semua peringkat pengajian bermula peringkat tadika sehingga ke universiti,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar manifesto yang akan dibentuk nanti memberi kebebasan sepenuhnya kepada mahkamah dan mengekalkan pengasingan antara kuasa eksekutif, legislatif dan judisiari.

“Manifesto yang baik amat diperlukan rakyat untuk memilih parti pilihan mereka untuk memerintah negara. Sehubungan itu, parti politik yang bakal bertanding dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan jawatan dan kedudukan untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni.

“Dalam manifesto itu juga, saya mengharapkan ada usaha untuk mengambil langkah-langkah praktikal dan komprehensif bagi mencegah elemen-elemen yang membawa kepada keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.

“Yang terakhir, parti politik di negara ini juga diharap mengambil langkah-langkah bagi mencegah penghinaan terhadap agama kaum di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tarikh pembubaran Parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada PRU15.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO meminta untuk diberikan sedikit masa lagi bagi menentukan tarikhnya, bersama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber: Sinar Harian 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending