Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Agung AS benarkan universiti Yahudi tidak iktiraf kumpulan LGBTQ

Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) memberikan kebenaran sementara kepada universiti yahudi ortodoks di New York untuk menafikan pengiktirafan rasmi kepada kumpulan pelajar LGBTQ.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Agung AS benarkan universiti Yahudi tidak iktiraf kumpulan LGBTQ
Foto: Mahkamah Agung US.
  • Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) memberikan kebenaran sementara kepada universiti Yahudi Ortodoks untuk menafikan pengiktirafan rasmi kumpulan pelajar LGBTQ.
  • Universiti Yeshiva mengemukakan kes itu kepada Mahkamah Agung AS bagi mendapatkan keputusan segera susulan hakim New York membenarkan ‘Pride Alliance’ didaftarkan sebagai persatuan pelajar.
  • “Sebagai sebuah universiti Yahudi yang mendalami agama, Yeshiva tidak boleh mematuhi perintah itu kerana berbuat demikian akan melanggar kepercayaan agamanya yang tulus tentang kaedah membentuk pelajarnya dalam nilai Taurat,” – Universiti Yeshiva.
  • Pada 2018, sekumpulan pelajar LGBTQ membentuk YU Pride Alliance dan memohon diiktiraf secara rasmi sebagai persatuan pelajar supaya mereka boleh mengadakan aktiviti, termasuk menganjurkan kuliah dan mesyuarat.

NEW YORK – Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) memberikan kebenaran sementara kepada universiti yahudi ortodoks di New York untuk menafikan pengiktirafan rasmi kepada kumpulan pelajar LGBTQ.

Universiti Yeshiva mengemukakan kes itu ke Mahkamah Agung AS untuk mendapatkan perintah segera susulan keputusan hakim New York membenarkan ‘Pride Alliance’ didaftarkan sebagai persatuan pelajar, sekaligus memberikannya akses kepada kemudahan dan perkhidmatan tertentu. 

“Sebagai sebuah universiti Yahudi yang mendalami agama, Yeshiva tidak boleh mematuhi perintah itu kerana tindakan sedemikian akan melanggar kepercayaan agamanya yang tulus tentang kaedah membentuk pelajarnya dalam nilai Taurat,” kata universiti itu dalam kenyataan rayuannya dipetik Al Jazeera.

Pride Alliance dalam hujah balasnya berkata universiti itu menawarkan banyak kelas mengenai subjek selain daripada agama serta turut mempunyai pelajar-pelajar bukan Yahudi.

Mahkamah Agung pada Jumaat lalu, dengan keputusan 6-3 majoriti memihak kepada Universiti Yeshiva, membenarkan permintaan kecemasan universiti itu bagi menggantung keputusan hakim negeri sementara menunggu perbincangan lanjut.

Mahkamah tidak memberikan alasan di sebalik keputusannya atau pecahan undi dalam keputusan segera itu.

Universiti Yeshiva diasaskan lebih 100 tahun lalu untuk mempromosikan pengajian Yahudi dan mempunyai kira-kira 5,000 pertubuhan pelajar. 

Pada 2018, sekumpulan pelajar LGBTQ membentuk YU Pride Alliance dan memohon diiktiraf secara rasmi sebagai persatuan pelajar supaya mereka boleh mengadakan aktiviti, termasuk menganjurkan kuliah dan mesyuarat.

Pertembungan itu adalah sebahagian perbahasan yang meluas di Amerika Syarikat mengenai keseimbangan di antara hak beragama dan prinsip tanpa diskriminasi.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending