Connect with us

Antarabangsa

Lockdown China: 22 minoriti Uyghur dan Turki mati kelaparan di Xinjiang

Sekurang-kurangnya 22 minoriti Uyghur dan Turki yang ditindas di China dilaporkan meninggal dunia dalam sehari akibat kebuluran atau kekurangan rawatan perubatan.

Wartawan TMT

Published

on

Lockdown China: 22 minoriti Uyghur dan Turki mati kelaparan di Xinjiang
Foto: Topeng biru dipakai semasa protes terhadap penindasan warga Uyghur di China.
  • Sekurang-kurangnya 22 minoriti Uyghur dan Turki yang ditindas di China dilaporkan meninggal dunia dalam sehari akibat kebuluran atau kekurangan rawatan perubatan.
  • Kematian itu dilaporkan pada 15 September lalu dengan Radio Free Asia mengesahkan angka kematian terbabit dengan polis tempatan di bandar di utara Xinjiang, Ghulja.
  • Kawasan itu terkenal dengan penduduk Uyghur yang berbahasa Turki dan menjadi sasaran jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai oleh Kerajaan China.
  • Sejak Ghulja dikenakan perintah ‘lockdown’ susulan penularan Covid-19 awal Ogos lalu, setengah juta etnik Uyghur dan Muslim Turki di bandar itu mengadu kerana tidak mempunyai akses mencukupi kepada makanan, rawatan perubatan dan bekalan.

CHINA – Sekurang-kurangnya 22 minoriti Uyghur dan Turki yang ditindas di China dilaporkan meninggal dunia dalam sehari akibat kebuluran atau kekurangan rawatan perubatan.

Kematian itu dilaporkan pada 15 September lalu dengan Radio Free Asia mengesahkan angka kematian terbabit dengan polis tempatan di bandar di utara Xinjiang, Ghulja.

Kawasan itu terkenal dengan penduduk Uyghur yang berbahasa Turki dan menjadi sasaran jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai oleh Kerajaan China.

Sejak Ghulja dikenakan perintah ‘lockdown’ susulan penularan Covid-19 awal Ogos lalu, setengah juta etnik Uyghur dan Muslim Turki di bandar itu mengadu kerana tidak mempunyai akses mencukupi kepada makanan, rawatan perubatan dan bekalan. 

Bercakap kepada ABC, aktivis hak asasi manusia Uyghur yang berpangkalan di Australia, Inty Elham berkata, dia percaya perintah sekatan pergerakan itu adalah taktik Kerajaan China untuk menindas etnik minoriti.

“Pada asasnya, sebagai tambahan kepada pelanggaran hak asasi manusia yang teruk, seperti yang kita tahu, orang Uyghur di luar kem pada dasarnya berada di bawah tahanan rumah, mereka berada di bawah sekatan pergerakan Covid yang panjang ini,” katanya dipetik news.com.au.

Seorang lagi wanita memberitahu badan penyiaran nasional bahawa ibu saudaranya yang tinggal di kawasan Xinjiang, China menghadapi kekurangan makanan teruk.

Advertisement

“Satu-satunya cara dia boleh mendapatkan sayur-sayuran adalah daripada jirannya etnik Han. Dia tidak tahu bagaimana jirannya itu menerima bekalan,” katanya.

Awal bulan ini, Menteri Luar Australia, Penny Wong berkata, dakwaan mengenai penderaan China ke atas minoriti Islam di negara itu adalah “mengerikan”.

Ini berdasarkan laporan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet yang memperincikan pelanggaran hak asasi manusia dan kekejaman dilakukan terhadap kumpulan etnik itu di China. 

Sehingga kini, China menafikan semua dakwaan berkaitan penganiayaan terhadap minoriti Uyghur di negara itu.

Sumber: News.com

Author

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending