Connect with us

Antarabangsa

China upah perisik halang etnik Uyghur berpuasa

Polis China mengupah perisik bagi memastikan etnik muslim Uyghur tidak menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan tahun ini.

Wartawan TMT

Published

on

China upah perisik halang etnik Uyghur berpuasa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis China mengupah perisik memastikan etnik muslim Uyghur tidak menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan tahun ini.
  • Perisik terdiri daripada orang awam akan menjadi telinga kepada pihak berkuasa.
  • “Kami mempunyai ramai ejen rahsia,” – pegawai polis dari kawasan Turpan di Xinjiang.
  • Sejak 2017, China mengharamkan umat Islam di Xinjiang berpuasa dan menahan etnik Uyghur sesuka hati dalam usaha mengurangkan budaya, bahasa dan agama mereka.

XINJIANG – Polis China mengupah perisik bagi memastikan etnik muslim Uyghur tidak menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan tahun ini.

Perisik yang terdiri daripada orang awam akan menjadi ‘telinga’ kepada pihak berkuasa, kata seorang pegawai polis dari kawasan Turpan di Xinjiang.

“Kami mempunyai ramai ejen rahsia,” katanya sambil menjelaskan perisik terdiri daripada orang awam, anggota polis dan jawatankuasa kejiranan.

Sejak 2017, China mengharamkan umat Islam di Xinjiang berpuasa dan menahan etnik Uyghur sesuka hati dalam usaha mengurangkan budaya, bahasa dan agama mereka.

Bagaimanapun, sekatan dilonggarkan pada 2021 dan 2022 dengan membenarkan warga emas yang berusia 65 tahun ke atas berpuasa.

Malah, polis juga mengurangkan aktiviti menggeledah di kediaman penduduk Islam kononnya untuk mencari individu yang berpuasa.

Bagaimanapun tahun ini, kerajaan China melarang semua berpuasa tanpa mengira umur, jantina atau profesion, kata seorang pegawai politik di bali Polis Turpan.

Advertisement

“Tiada sesiapa dibenarkan berpuasa pada Ramadan tahun ini yang bermula 22 Mac lalu,” luahnya yang kecewa.

Pada minggu pertama Ramadan, 56 etnik Uyghur dan bekas tahanan disoal siasat selepas mendakwa kumpulan berkenaan melanggar peraturan kerana berpuasa.

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’

Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
  • Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.
  • Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
  • “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
  • “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya  sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.

INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.

Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.

Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.

“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.

Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah

“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.

Advertisement

“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.

“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.

Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending