Connect with us

Antarabangsa

Hotel di China tolak tempahan bilik usahawan etnik Uyghur

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Walaupun musim sejuk, beberapa hotel enggan menerimanya hanya kerana identiti Uyghurnya.
  • “Kami tahu semua 56 kumpulan etnik mempunyai hak yang sama dan harus dilayan tanpa diskriminasi. Tetapi mengapa saya tidak boleh mendapatkan bilik hotel?
  • “Jika mereka pergi ke wilayah kita, segala-galanya terbuka kepada mereka, tiada halangan untuk mereka,” luah usahawan tersebut dengan nada kecewa.

TAIYUAN — Seorang usahawan muda dari etnik Uyghur baru-baru ini mendedahkan diskriminasi yang dihadapinya ketika cuba menempah bilik hotel di Taiyuan, di Tanah Besar China.

Perkara itu dikongsi dalam catatan Kongres Uyghur Sedunia di platform X.

Walaupun musim sejuk, beberapa hotel enggan menerimanya hanya kerana identiti Uyghurnya.

“Kami tahu semua 56 kumpulan etnik mempunyai hak yang sama dan harus dilayan tanpa diskriminasi. Tetapi mengapa saya tidak boleh mendapatkan bilik hotel?

“Jika mereka pergi ke wilayah kita, segala-galanya terbuka kepada mereka, tiada halangan untuk mereka,” luah usahawan tersebut dengan nada kecewa.

Insiden ini membuktikan diskriminasi sistematik yang dialami Uyghur secara berterusan.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Hentikan Genosid Uyghur, Rahima Mahmut turut menyentuh isu berkaitan laporan buruh paksa melibatkan etnik Uyghur dalam rantaian bekalan United Kingdom.

Bercakap di hadapan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia di Parlimen UK, Rahima menyatakan terlalu banyak bukti telah diterimanya mengaitkan penglibatan China yang menggunakan buruh paksa terdiri daripada etnik Uyghur dalam industri  pembuatan kapas.

“Disebabkan bukti yang semakin banyak bahawa kerajaan China menggunakan buruh paksa dalam pengeluaran kapas dan  industri lain, Kongres Uyghur Sedunia akan meneruskan tindakan undang-undang,” kata Rahima.

Beliau menegaskan bahawa hampir semua produk yang berasal dari wilayah Uyghur atau Turkestan Timur adalah hasil penyalahgunaan buruh paksa.- The Merdeka Times

Author