Connect with us

Antarabangsa

Lindungi wanita Rohingya, kanak-kanak daripada eksploitasi seksual

Wanita Rohingnya berdepan dengan kes pemerdagangan seks susulan ramai daripada mereka kehilangan tempat bergantung seperti suami dan anak lelaki akibat serangan di Myanmar pada 2017.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lindungi wanita Rohingya, kanak-kanak daripada eksploitasi seksual
Foto: Perempuan Rohingya yang cuba melarikan diri dari dirogol dan dibunuh di Myanmar, sering menjadi mangsa penipuan dan dipaksa jadi pekerja seks, sumber Reuters.
  • Wanita Rohingnya  berdepan dengan kes pemerdagangan seks susulan hilang tempat bergantung akibat serangan di Myanmar pada 2017. 
  • Wanita terbabit terpaksa tinggal di kem pelarian yang sempit di Cox’s Bazar serta tiada akses kepada peluang ekonomi sehingga menyebabkan rata-rata mereka mudah ditipu menjadi ‘hamba seks’.
  • Kutupalong di Ukhiya Upazila, Cox’s Bazar  didakwa tempat tumpuan perdagangan seks terbesar di kem terbabit.
  • Dianggarkan lebih 500 pekerja seks ada di kawasan itu.

COX’S BAZAR – Wanita Rohingnya berdepan dengan kes pemerdagangan seks susulan ramai daripada mereka kehilangan tempat bergantung seperti suami dan anak lelaki akibat serangan di Myanmar pada 2017.

Kelompok wanita ini didakwa terpaksa tinggal di kem pelarian di Cox’s Bazar yang sempit serta tiada akses kepada peluang ekonomi sehingga menyebabkan rata-rata mereka mudah ditipu menjadi ‘hamba seks’, demikian lapor media antarabangsa. 

Kes pemerdagangan seks adalah masalah utama di kem pelarian di Cox’s Bazar berikutan terdapat sisi kehidupan lain pelarian Rohingya di Bangladesh yang menjadi mangsa eksploitasi pekerja seks. 

Memetik laporan BBC bertajuk “Wanita Rohingya di Bangladesh menghadapi ‘pelacuran paksa’” pada 2017, Mangsa, Halima didakwa datang ke Bangladesh tanpa mengetahui keberadaan keluarga dan tidak mempunyai wang ketika berusia 21 tahun.

Pada ketika itu seorang lelaki menawarkan makanan kepadanya dan memaklumkan bahawa lelaki terbabit kehilangan isteri dan ingin memperisterikannya.

Akibat desakan hidup, Halima bersetuju dan dibawa ke rumah lelaki itu, namun sesampainya di rumah, dia menemui beberapa gadis muda seperti dirinya dan kesemuanya menjadi ‘hamba seks’. 

Wanita malang itu berkata dia tidak dapat wang seperti yang dijanjikan tetapi hanya diberikan makan tiga kali sehari.

“Saya mahu kembali solat lima waktu sehari, makan bersama keluarga… Saya mahukan kehidupan yang saya lalui sebelum ini bersama keluarga saya di Myanmar,” kata Halima.

Ramai wanita Rohingya bekerja di Kutupalong di Ukhiya Upazila Cox’s Bazar dan didakwa tempat itu merupakan tumpuan perdagangan seks terbesar di kem terbabit dan dianggarkan lebih 500 pekerja seks mencari rezeki di sana.

Oleh kerana sifat pekerjaan itu adalah rahsia, wanita yang terlibat dalam pelacuran seks itu terpaksa berbohong dan tidak memaklumkan kepada keluarga dan komuniti.

Menurut laporan lain, pemburu hamba seks didakwa mempunyai persefahaman dengan anggota tentera yang ditempatkan di pusat pemeriksaan di sekeliling kem, yang membolehkan mereka menyeludup wanita Rohingya keluar masuk kem apabila diperlukan.

Sumber: The Daily Star

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *