Antarabangsa
Komuniti Muslim di Jerman berdepan diskriminasi struktur
Negeri Berlin didapati mempunyai masalah struktur dengan layanannya terhadap komuniti Muslim di Jerman, demikian menurut sebuah suruhanjaya pakar awal bulan ini.

- Berlin berdepan dengan masalah struktur dengan layanannya terhadap komuniti Muslim di Jerman, demikian menurut sebuah suruhanjaya pakar awal bulan ini.
- Suruhanjaya pakar itu diwujudkan susulan serangan pengganas berhaluan kanan di bandar barat Hanau pada Februari 2020 di mana seorang pelampau membunuh lapan individu bukan keturunan Jerman, seorang warga Jerman Romani dan ibunya sendiri, sebelum membunuh diri.
- Laporan itu mengkritik bahawa kurangnya kesedaran dan klasifikasi yang tidak mencukupi mengenai tingkah laku dan jenayah anti-Muslim, yang menyebabkan insiden sedemikian kurang dilaporkan.
- Laporan itu juga menyatakan mengenai kekurangan ketelusan apabila agensi perisikan domestik mengawasi organisasi Islam.
BERLIN – Negeri Berlin didapati mempunyai masalah struktur dengan layanannya terhadap komuniti Muslim di Jerman, demikian menurut sebuah suruhanjaya pakar awal bulan ini.
Senat Berlin menubuhkan suruhanjaya itu, yang pertama seumpamanya di Jerman, susulan respon balas terhadap serangan pengganas berhaluan kanan di bandar barat Hanau pada Februari 2020 di mana seorang pelampau membunuh lapan individu bukan keturunan Jerman, seorang warga Jerman Romani dan ibunya sendiri, sebelum membunuh diri.
Lebih dua tahun kemudian, panel terbabit merumuskan banyak yang perlu dilakukan di bandar itu walaupun secara luarannya ia menggambarkan kepelbagaian dan keterangkuman.
“Sikap biasa (perkauman) dalam imaginasi ‘majoriti atau masyarakat dominan’ memihak kepada hubungan rapat antara Islam dan kemiskinan,” demikian menurut laporan suruhanjaya itu dipetik agensi berita DW.
Majoriti orang Islam Berlin menjejaki asal usul Jermannya sebagai imigran dengan kemahiran rendah.
Akibatnya, Muslim dianggap “seperti semua pendatang dengan isu perkauman kerana berhadapan dengan halangan kemasukan, amalan pengecualian dan diskriminasi struktur”.
Laporan itu mengkritik bahawa kurangnya kesedaran dan klasifikasi yang tidak mencukupi mengenai tingkah laku dan jenayah anti-Muslim, menyebabkan insiden sedemikian kurang dilaporkan.
Laporan itu juga menyatakan mengenai kekurangan ketelusan apabila agensi perisikan domestik mengawasi organisasi Islam.
Sentimen seksisme berlaku dalam konteks diskriminasi yang lebih luas, terutamanya bagi wanita bertudung.
Laporan itu menyimpulkan wanita Islam kurang berkemungkinan menerima saringan kesihatan seksual atau diambil serius mengenai dakwaan keganasan seksual yang berlaku ke atas mereka.
Sumber: DW
Antarabangsa
Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

- Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
- Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
- Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
- “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
- “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.
Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.
Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.
Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.
Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.
Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.
Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel