Terkini
Kak Ogy lebih cenderung ke arah dakwah menerusi filem pendek
The Merdeka Times telah dijemput bagi menghadiri majlis pra tonton filem pendek ‘Aidil & Atok’ arahan Fauziah Dato’ Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggil Kak Ogy, pada hari Isnin lalu bertempat di Pawagam Mini P. Ramlee FINAS.
- “Aidil & Atok” merupakan filem pendek kedua arahan Kak Ogy hasil kerjasamanya bersama Yayasan Ammirul Ummah.
- Beliau pada mulanya terlibat dengan Yayasan Ammirul Ummah sebagai sukarelawan (premier’s volunteer) semata-mata.
- Sebaliknya Kak Ogy memilih untuk mencurahkan bakatnya dengan berkarya sambil beramal.
- Beliau mahu mendidik masyarakat dengan kaedah yang mudah untuk difahami penonton.
KUALA LUMPUR – The Merdeka Times telah dijemput bagi menghadiri majlis pra tonton filem pendek ‘Aidil & Atok’ arahan Fauziah Dato’ Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggil Kak Ogy, pada hari Isnin lalu bertempat di Pawagam Mini P. Ramlee FINAS.
Filem pendek ‘Aidil & Atok’ yang menampilkan pelakon cilik Aiman Badrul dan Alexander Zulkarnain serta pelakon veteran Zaidi Omar ini merupakan filem pendek yang kedua arahan Kak Ogy hasil kerjasamanya bersama Yayasan Ammirul Ummah.
Kak Ogy pada mulanya terlibat dengan Yayasan Ammirul Ummah sebagai sukarelawan (premier’s volunteer) semata-mata untuk membuat hantaran di media sosial sahaja. Namun kemudian, Kak Ogy memilih untuk mencurahkan bakatnya dalam berkarya sambil beramal.
“Benda itu sangat hardsell, setakat review and promote semata-mata. Benda itu sudah menjadi sangat cliché. Tetapi, bila kita menyuntik penonton dengan karya filem pendek, ia akan memberi impak yang berbeza,” kata Kak Ogy ketika sidang media majlis pra tonton ‘Aidil & Atok’.
Ditanya mengenai sebab beliau memilih untuk berdakwah melalui filem pendek, Kak Ogy menjelaskan bahawa dia mahu mendidik masyarakat dengan kaedah yang mudah untuk difahami penonton.
“Objektifnya, kita nak mendidik. Tetapi bukan mendidik secara tegas dan bukan kita nak fokuskan dari sudut halal haram sahaja dalam Islam ini. Kita nak mengetengahkan juga keindahan Islam yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah SAW ini,” katanya.
Penggambaran ‘Aidil & Atok’ ini hanya mengambil masa satu hari sahaja dan ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana sebelum ini juga bagi Kak Ogy pernah membuat penggambaran filem pendek ‘IQRA’ (BACALAH)’ juga mengambil masa satu hari.
“Kita sebagai pengarah dan penerbit, kita mesti tahu time management. Kita tidak boleh semata-mata jadi pengarah dan penerbit sekadar cakap ‘action’, ‘cut’ je, tak boleh,” jelas Kak Ogy.
Beliau akan sentiasa memastikan segala tugasan atau kerja-kerja ‘pre-production’ selesai seratus-peratus sebelum bertindak untuk pergi lokasi bagi memulakan penggambaran. Berikut adalah segala kaedah beliau belajar daripada Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
Langsung tidak hiraukan status atau level pelakon melalui jumlah pengikut di media sosial, Kak Ogy memilih Zaidi Omar yang langsung tidak mempunyai akaun Facebook, Instagram atau apa-apa jenis platform media sosial untuk membintangi watak utama dalam filem pendek ini.
Jelas Kak Ogy, “Memang saya yang buat keputusan, saya memang nak Zaidi Omar untuk memegang watak ini. Dia memang seorang aktor yang saya kagumi. Memang mudah bekerjasama dengan seseorang yang amat memahami kerja sebagai seorang aktor.”
Filem pendek ‘Aidil & Atok’, kini boleh ditonton di Youtube channel “Fatija TV”. –The Merdeka Times
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times