Connect with us

Antarabangsa

Imam kelahiran Perancis dibuang ke Maghribi akibat ‘ucapan kebencian’

Mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis memberi kebenaran mengusir seorang imam yang dituduh melakukan “ucapan kebencian” ke Maghribi, demikian menurut Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin.

Wartawan TMT

Published

on

Imam kelahiran Perancis dibuang ke Maghribi akibat ‘ucapan kebencian’
Foto: Sumber Sarah Meyssonnier/Reuters.
  • Mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis memberi kebenaran mengusir imam yang didakwa mengeluarkan “ucapan kebencian” ke Maghribi.
  • Hassan Iquioussen “akan diusir dari wilayah negara” dalam “kemenangan besar bagi republik ini,” kata Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin.
  • Peguam Hassan sebelum ini berjaya memohon mahkamah Paris menghalang perintah pengusiran itu atas alasan ia akan mewujudkan “kemudaratan yang tidak seimbang”.

Mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis memberi kebenaran mengusir seorang imam yang dituduh melakukan “ucapan kebencian” ke Maghribi, demikian menurut Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin.

Hassan Iquioussen “akan diusir dari wilayah negara” dalam “kemenangan besar bagi republik ini,” kata Darmanin di Twitter yang memetik keputusan Majlis Negara pada Selasa lalu.

Kes itu dibawa ke mahkamah tertinggi selepas hakim Paris menyekat pengusiran imam itu yang diperintahkan Kementerian Dalam Negeri pada akhir Julai lalu berhubung dakwaan “pertuturan anti-Semitik yang sangat ganas” dan khutbah yang menyeru wanita untuk “tunduk” kepada lelaki. 

Hassan yang berusia 58 tahun mempunyai capaian puluhan ribu pengikut menerusi akaun YouTube dan Facebook peribadinya dari rumah yang terletak di utara Perancis.

Dia dilahirkan di Perancis tetapi memegang kewarganegaraan Maghribi.

Peguam Hassan berjaya memohon kepada mahkamah Paris bagi menghalang perintah itu dengan alasan ia akan mewujudkan “kemudaratan yang tidak seimbang” kepada “kehidupan peribadi dan keluarganya”.

Peguam Hassan berkata kenyataan anti-Semitik atau misoginis itu dibuat sejak lebih 20 tahun lalu dan dia tidak pernah didakwa atas kenyataannya itu. 

“Ya, encik Hassan seorang yang konservatif. Dia pernah membuat kenyataan retrograde (ke belakang) mengenai kedudukan wanita dalam masyarakat.

“Namun ia bukanlah suatu ancaman serius kepada ketenteraman awam,” kata peguam Hassan, Lucie Simon.

Sumber: Al Jazeera

Author

Antarabangsa

Perang Gaza: Turkiye akhirnya henti perdagangan dengan Israel

Turkiye menggantung semua perdagangan dengan Israel berkuat kuasa serta-merta berikutan krisis kemanusiaan di Gaza, demikian umum Kementerian Perdagangan Turkiye pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Israel, Israel Katz (kiri) dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan (kanan).
  • Turkiye menggantung semua perdagangan dengan Israel berkuat kuasa serta-merta berikutan krisis kemanusiaan di Gaza, demikian umum Kementerian Perdagangan Turkiye pada Khamis.
  • “Urus niaga eksport dan import yang berkaitan dengan Israel telah dihentikan, meliputi semua produk.
  • “Turkiye akan melaksanakan langkah-langkah baharu ini dengan tegas dan jelas sehingga Kerajaan Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan mencukupi dan tidak terganggu ke Gaza,” kata kementerian itu dipetik Middle East Eye.
  • Menteri Luar Israel, Israel Katz mengkritik tindakan itu di platform media sosial X mengatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkelakuan seperti “seorang diktator”.
  • Katz mendakwa Erdogan melanggar perjanjian dua hala antara kedua-dua negara dan berkata negara itu akan berusaha mewujudkan alternatif perdagangan dengan negara lain.

Turkiye menggantung semua perdagangan dengan Israel berkuat kuasa serta-merta berikutan krisis kemanusiaan di Gaza, demikian umum Kementerian Perdagangan Turkiye pada Khamis.

“Urus niaga eksport dan import yang berkaitan dengan Israel telah dihentikan, meliputi semua produk.

“Turkiye akan melaksanakan langkah-langkah baharu ini dengan tegas dan jelas sehingga Kerajaan Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan mencukupi dan tidak terganggu ke Gaza,” kata kementerian itu dipetik Middle East Eye.

Menteri Luar Israel, Israel Katz mengkritik tindakan itu di platform media sosial X mengatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkelakuan seperti “seorang diktator”.

Katz mendakwa Erdogan melanggar perjanjian dua hala antara kedua-dua negara dan berkata negara itu akan berusaha mewujudkan alternatif perdagangan dengan negara lain.

Turkiye dan Israel mempunyai perjanjian perdagangan bebas yang berkuat kuasa sejak 1997.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara ialah $6.3 bilion pada 2023, di mana 76 peratus daripadanya eksport Turkiye, demikian menurut Institut Statistik Turkiye. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending